Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Dia Ada Di Sana..

MIN RUHA


Blog For Free!


Archives
Home
2007 June
2007 April
2007 February
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April

My Links
MyJurnal
Sahabatku
mENCARI dIRi
Me, Myself
akhie's blog
Syabab Muslim
xletronic
Degree@BMI
Giggs
sYahJahaN
mymasjid
bicaramuslim
e-masjid
M u t i a r a K a t a
Tazkirah
Kisah Teladan 1
Kisah Teladan 2
Kisah Teladan 3
Kisah Teladan 4
Kisah Teladan 5
Kisah Teladan 6

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Rindu Pada Mu

Tiada sehari yang berlalu Tanpa ku mengingati Mu Rindu pada Mu Sentiasa mendambakan Kasih dan sayang Mu Semalam aku bermimpi Dalam hujan ku berlari Berlari mencari Memangil-manggil nama Mu Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan Perasaan yang ku alami Cinta ku ini tiada berbelah bagi Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima Atau kau kan membiarkan saja Kerana ku berdosa Jangan biarkan ku terhina Ku merayu pada mu


Image hosted by Photobucket.com Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Image hosted by Photobucket.com

DATE TO REMEMBER
Odd To My Family

10 October 1948
Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan

25 November 1953
Kampung Laut, Tumpat, Kelantan

Moms with her girls

Image hosted by Photobucket.com
AbaDie
14 October 1975
Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan

AbaWie
07 December 1976
Melaka

Kak Atiey
20 November 1978
Melaka

Kak Uniey
09 December 1979
Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan

De
19 April 1981
Kepong, Kuala Lumpur

ME
14 June 1982
Kepong, Kuala Lumpur

Muzz
02 April 1985
Selangor

Is
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur

Ha
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur

Ya
13 August 1990
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang

Syah
07 April 1992
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang

Adieq
25 October 1994
Kepong, Kuala Lumpur





Image hosting by Photobucket
Wan Muhammad Iskandar Firdaus
06 March 2003

Image hosting by Photobucket
Wan Muhammad Luqman Hadzim
04 May 2004

Image hosting by Photobucket
Wan Fatin Balqis Idzati
06 November 2005

WANITA YANG DISAYANGI
Adalah pencinta TuhanNya.... Yang mengalir cinta,takut dan harap... Yang menguasai perjalanan penghidupanNya...
Dari waktu ke waktu.... Dari hari ke hari.... Sehingga perjalanan di antara.... Jasad dan nyawanya berakhir......

WANITA YANG DIRINDUI
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya.... terpancar sinar Nur Ilahi... Lidahnya basah dengan zikrullah... Di sudut hati kecilnya..... Sentiasa membesarkan Allah....

WANITA YANG DICINTAI
Yang menutup auratnya.... Dari pandangan mata ajnabi... Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya.... Di sanjung tinggi...... Penduduk langit dan bumi....

WANITA YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan... Hatinya yang telah jauh... Kepada AR-Rahman,AR-Rahim... Di saat orang lain dilamar kebendaan....

WANITA YANG DIKASIHI
Yang bersyukur dengan apa yang ada... Yang bersabar pada yang tiada.... Cinta pada hidup yang sederhana.... Yang tidak bermata benda.....

WANITA YANG DISUKAI
Menjadi dian pada dirinya sendiri.... Menjadi pelita untuk putera-puterinya.... Yang bakal dilahirkan...... untuk menyambung perjuangannya di belakang hari....

Click here to join x_letronic
Click to join x_letronic


Click here to join degreebmi_unikl
Click to join degreebmi_unikl


Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,

perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

Image hosted by Photobucket.com
MEET A TRUE BESTFRIEND

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan



Image hosted by Photobucket.com


Jika kamu merasa lemah, itu adalah satu bentuk pengakuan yang jujur. Yang demikian adalah karena kita adalah makhluk yang lemah. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Kuat dan yang berhak memberi kekuatan kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.

Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Menyampai ulangkan kebaikan-kebaikan yang kita dengar atau yang kita baca dari ta'alim, bayan dan mudzakarah adalah usaha yang dapat menumbuhkan keyakinan kita. Dan kejayaan akan timbul dalam hati apabila kita memaksimakan penggunaan mata, telinga, lisan dan fikiran kita untuk maksud itu.


Image hosted by Photobucket.com

" Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"


"Kemenangan bermula dari dalam diri."


"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."

"Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh."

"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."


Image hosted by Photobucket.com

Sabda Rasullullah;

"Pesan memesanlah kamu tentang berbuat baik terhadap perempuan, kerana sesunggahnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.

Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, ia akan terus bengkok"

YANG TERCINTA (Episode 1)
06.12.07 (9:47 am)   [edit]
Puas ku selongkar tas yang memuatkan beberapa barangan peribadi. Betulkah ini alamatnya? Macam ada yang kurang.
"Cari kerja kosong, ke?"
Lekas aku toleh.
"Toilet belah sana, kalau nak touch up, kerja kosong belah sana!" Ringan saja, diberitahu.
Aku sedikit termanggu. Salah aku juga berdiri membelakangkan lift. Sedikit sebanyak aku mengganggu tumpuan dan perjalanan orang yang mahu keluar masuk di level itu.Alang-alang dah sampai tingkat 12, aku menapak ke dalam ofis yang agak baru aku lihat suasananya.
"Name, please!"
"Nanie. Siti Raihani."

2 B Continue..
1 Comments
 
PUBLISHED
04.17.07 (9:37 pm)   [edit]
Salam, Dapatkan majalah NUR keluaran MEI 2007, Karya TENTANG DIA. Enjoy your reading!
0 Comments
 
TENTANG DIA ( CHAPTER 5 )
02.06.07 (7:55 pm)   [edit]

Mengenangkan Sarah, aku kumpul kekuatan untuk menemui Mohammad Haqqi. Tangga Adam & Salihin Assosiate ku daki penuh semangat. Mahu berbicara dengan seorang lawyer, aku perlu bijak! Kalau tidak, mudah pula hujah-hujah aku dirapuhkan.
‘Jadi, Mas kenal Sarah?’ Di suatu pojok, restoran terbuka, kami bertemu kali pertama setelah dia bergelar suami. Namun kini, tidak perlu lagi berteman seperti dulu!
‘She’s my bestfriend!’
“Apa yang diburukkan saya dihadapan awak, cik Mastura?’
‘Tidak wujud soal buruk memburukkan disini. Cuma saya mahu ingatkan awak untuk belajar menghargai dan terima kenyataan”
Dahi Haqqi berkerut-kerut.
“Kenyataan apa yang saya tak sanggup hadapi itu?”
“Encik Haqqi, Sarah is Sarah. Sarah yang saya kenali memang akan belajar dari kesilapannya, tapi awak berilah dia masa. Dia masih ‘seseorang yang perlukan bimbingan’ awak’
Haqqi mendengus. Barangkali dia sedar saya cuba memulang paku buah keras padanya.
Lama kemudian, Haqqi bersuara.
‘Kenapa dia keras sangat ? Kenapa dia tidak boleh jadi seperti awak? Kenapa Sarah yang dulu saya kenali dia seperti awak? Cuma dia mempunyai extra yang tidak wujud dalam diri awak dan sekarang, lansung hilang yang dulu?”
Aku terdiam. Sarah yang jadi mangsa keadaan.
“Belajarlah. Belajar memahami dia. Lupakan saya dan semua kenangan kerana saya telah lama menganggap Sarah memang ditakdirkan untuk awak. Awak yang ditakdirkan untuk membimbing dia dan bukannya saya” Aku harus bernoktah disitu kerana tidak mahu Haqqi mengungkit kisah-kisah lama.
“Satu lagi, jangan benar Sarah tahu yang kita pernah kenal” Saya bergegas meninggal Haqqi. Tentunya dia lebih bijak menangani masalah itu sendiri.

Not goin' to continue..
1 Comments
 
TENTANG DIA ( CHAPTER 4 )
11.24.06 (11:27 am)   [edit]
CHAPTER 4

Kukira 6 bulan seusai kami konvo, aku menerima kad walimatulurus dari Sarah. Tentunya pasangannya Mohammad Haqqi! Biar berbaldi-baldi pun airmataku merembes keluar, aku tetap tidak dapat mengubah keadaan. Aku tekad, aku tidak akan sekali-kali memunculkan diri di majlis itu. Biar Sarah tidak tahu aku pernah mengenali Haqqi, dan biar Haqqi tidak tahu yang Wan Intan NurSarah itu adalah sahabat baikku di universiti! 2 bulan selesai majlis, Sarah bertegas ingin bertemu aku. Apalagi yang dia mahu dari aku? Segala-galanya telah kuberi secara ikhlas selama ini! Namun mendengarkan suaranya yang bersedu, aku tahu, dia sangat-sangat memerlukan aku !

“Segala-galanya salah dimatanya!. Kami sudah seminggu tidak bertegur sapa”
Aku berlagak selamba. Haqqi memang sangat kukenal karektornya. Keras seperti batu. Jika A katanya, maka A lah jawapan nya, tiada kompromi lagi. Aku lihat saja Sarah menyeka airmatanya. Tentu lagi banyaknya besen yang dapat di tadah daripada aku yang menahan rasa dulu..
‘Apa ceritanya ni? Aku tak fahamlah. Cuba kau rileks dulu, dan cerita perlahan-lahan. Tapi kalau kau rasa isu rumahtangga tak perlu diwar-war, maka kau simpulkan sikit-sikit saja pada aku”
Aku berpura-pura ingin memahami masalah yang aku rasa dapat aku teka. Pertama, tentunya soal pakaian, kedua, perhubungan sosial, ketiga, tutur kata. Itulah, dulu berubah, tidak sungguh-sungguh, bertopeng. Sekarang, baru terasa tinggi rendahnya langit! Ikutkan hati mahu saja aku gelak-gelakkkan si Sarah itu. Tapi kerana telah lama redha dengan keadaan, aku harus menasihatinya, berdiri disampingnya memberi sokongan.
‘Kau tahukan aku kalau pakai seluar apa-apa saja selalu lipat hujungnya hingga ke betis? Haq marah bila aku keluar siram pokok, seluar berlipat, masuk pasar borong basah pun perlu bersarungkaki, angkat kain pun tak boleh berselempang tudung. Aku tak boleh berubah mendadak. Mas. Aku perlu masa untuk semua itu. Selama ini aku cuba untuk menjadi wanita terbaik di hadapannya. Dia mahu aku sentiasa berbaju kurung, aku buat, dia tidak mahu aku terlalu berbual mesra dengan ipar duai, aku akur, dia mahu aku sentiasa menemaninya mengadakan ceramah agama, aku ikut. Tapi dia tidak mahu menerima aku yang adanya. Dia mahu aku jadi seperti yang dia inginkan. Aku..aku lonely sangat”
Aku tumpang terharu dengan cerita Sarah. Memang Sarah salah, tapi Haqqi perlu mendidiknya secara perlahan-lahan dan bukannya mahukan segalanya secara segera. Sarah bukannya berpendidikan agama yang kuat. Demi mengenali Haqqi, Sarah merangkak-rangkak belajar mengaji, Sarah membuang segala baju tomboinya dan Sarah belajar menjadi wanita sepenuhnya. Tapi Haqqi? Aku sedar, Haqqi cuba mencari aku di dalam Sarah. Tapi ianya tidak akan terhasil kerana kami wanita yang berbeza!

2 B Continue..
0 Comments
 
IKTIRAF (Episode 1)
10.25.06 (9:05 pm)   [edit]
Karya: Hazelinwahida Muhammad

AKU sangat-sangat pasti yang aku temui di foodcourt, Maju Junction itu adalah Redzuan. Tapi bersama seorang perempuan yang tidak pernah kulihat wajahnya di sekitar album simpanan kami. Tangisan Rumaisya dan pangilan Hani Izdhar mengembalikan aku ke situasi rumah yang belum usai kukemaskan. Selalunya soal kemas-mengemas rumah jatuh sepenuhnya ke pundak Redzuan, kerana dia memang teliti orangnya. Namun, setiapkali aku berhadapan dengan situasi begini, pasti tanpa sedar, satu rumah aku mop dan bersihkan.

“Seri, kenalkan. Fazrina, junior abang masa study di Middlesex, dulu. Dia pun orang Sabah. Bolehkan dia bermalam barang sehari dua sebelum berlepas ke Sabah?”
Itu bukan pertanyaan, tapi lebih kepada keputusan. Perlu apa meminta kebenaran lagi? Padanlah, sehari suntuk aku lihat Redzuan mengemas bilik kosong di rumah kami, kelmarin. Tidak sensitifkah dia kalau-kalau aku cemburu? Mereka pun bukannya ada pertalian darah, sekadar berasal dari negeri bawah bayu sahaja.

2 B Continue..
0 Comments
 
Satay, Rendang Versus Spageti Bolognese
10.23.06 (5:22 pm)   [edit]
Hoohoo..Esok Raya. Selamat Hari Raya buat semua yang beragama Islam, tak lupa buat pengunjung setia blog nih. Sempena lebaran esok, kitorang menyediakan juadah timur dan barat..heheh..

Mungkin tak nak digelar lupa daratan, maka mama dijemput sebagai penyedia nasi kapit dan kuah kacang, kak Ati, bersama spageti Bolognese nya, kak Uniey ambil bahagian dalam penyediaan rempah satay dan aku sendiri menguruskan rendang..

Tahun ni nampaknya kami berbuka last puasa ni di rumah saja. Tak seperti las year, berbuka di kampung aku di Keramat, Ampang, KL. Rasanya tahun ni diorang tak buat lemang kot (heheh..bakar lemang dalam bandar- Di Jalan Enggang Utara!)my grandnanny house, la..sbbnya anak cucu tak gi berbuka di sana..

Malam ni, lepas isyak, budak-budak laki family aku gi takbir rumah ke rumah, as usual..jadi, operasi membakar satay, insyaAllah dibuat lepas balik tu. Manakala masak rendang pula seawal sebelum jemaah takbir datang.

InsyaAllah juga, raya ke dua kami buat open house khas buat sedara mara, kawan-kawan dan sesiapa saja yang ingin datang.Sebenarnya sekali harung celebrate birthday girl punya day (Adeq) yang ke 12 tahun.

Aiyo..mama dah bising, wokeh kita jumpa lagi nextime!

SALAM LEBARAN 1427, Ruha
0 Comments
 
Cinta itu Memungkinkan
10.22.06 (7:31 am)   [edit]
Wooho..aku baru khatam novel Fauziah Ashaari- DURI. Setakat nih aku rasa, novel nilah yang aku baca full tanpa skipped buat kali pertama selain novel2 tulisan LAMIAL AIMAL.

Pandangan pertama aku tentang novel dia, quite best sebab dia agak lari dari klise yang mengagung-agungkan kebagusan watak utama.

Nur Amalsufi dibentuk dengan watak pendendam, buku bertemu ruas dengan mak mertuanya, terpaksa berkahwin dengan bekas tunang adiknya(Muzhaffar),Nur Adamnuri bagi menutup malu dan berjaya memporak perandakan keluarga mertuanya, Durrah.

Cerita berkembang dengan cantik hingga membawa aku ke alam MATILDA-AHADIAT AKASHAH, watak paling kebal n paling jahat yang terbaik pernah aku baca(wanita kaya yang duduk di puncak bukit). Sementelah juga aku diasak melihat cerita itu bagai adunan INFERIOR yang berkesudahan amat baik.

Di sini terlihat sangat besarnya kekuatan cinta yang kadangkala tak terjangkau dek akal.Betapa cinta itu amat memungkinkan, membentuk lalu tercanai harga diri yang bukan sebenar..benarkah?

Namun, cinta yang Haqiqi pemilik mutlak yang Esa..
10 Comments
 
TENTANG DIA ( CHAPTER 3 )
10.14.06 (12:24 am)   [edit]
CHAPTER 3
Sejak hari itu, aku sudah tidak rapat dengan Sarah. Tiada lagi makan bersama, pergi kuliah bersama, belajar bersama. Segala-galanya aku selesaikan sendiri. Jika dulu Sarahlah yang selalu mem ‘backing’ aku, membantuku, kini tidak lagi. Sehinggalah Sarah bertemu empat mata denganku di suatu hari. Tidak, Sarah tidak akan tahu sama sekali mengenai hubungan lama aku dengan Mohammad Haqqi. Sarah juga tidak patut tahu dialah penyebab aku tidak menegurnya.
‘Kenapa kau lari-lari dari aku, Mas ?’
Aku lihat saja wajah Sarah, suram. Sejak aku tidak lagi rapat dengannya, dia seolah-olah patah kaki. Tiada lagi gelak tawanya. Tiada lagi terdengar suaranya dalam kuliah. Tiada lagi soalan itu dan ini semasa tutorial dan yang pasti aku semakin galak disakat Firdaus Adzhar, yang selalu mengganggu di belakangku.
“Aku ada bersalah apa-apakah pada kau, Mas? Aku rindukan persahabatan kita yang dulu. Aku rindukan seorang sahabat yang memahami seperti kau. Aku sedih kau ‘ada tapi tiada’ dalam hidup aku. Mas, tegurlah aku jika aku terkhilaf” Sarah tunduk. Matanya sedikit bengkak.
Aku tidak harus menghukum dia terus-terusan. Tidak harus kerana Haqqi, persahabatan kami bergegar dan terus musnah. Lagipun tinggal beberapa minggu sahaja kami akan menduduki peperiksaan semester terakhir. Selepas itu, baru boleh secara rasmi aku lari jauh darinya!
Bahu Sarah ku tepuk.
‘Kau tak salah apa-apa. Aku saja yang punya masalah. Masalah dunia yang aku rasa macam tak best nak kongsi dengan orang lain’ Aku pura-pura gelak. Harap-harap Sarah tidak terkesan betapa tawarnya hati aku ingin kembali seperti dulu!

2 B Continue..
0 Comments
 
Lewat kerja yang membosankan..
10.06.06 (2:12 pm)   [edit]
Semuapun rakan2 seangkatan dah melangkah ke alam pekerjaan, sesuai dengan kelulusan masing2. Aku masih seorang pencerita, yang suka bercerita biarpun mya dan adik2 salu cakap;
"kakak,esok kitorang sekolah"
"kakak, dah ngantok giler nih"
"Eh, kita tido kul 3 je lah.."
"Esok, confirm kita jogging atas katil.."

Ha..dek kerana terlalu banyaknya idea2 yg kontot2 nak kuar bile2 je dia suke, dorang sumer jadi mangsa aku.Kuikuikui.
Aku baru abih bacer novel; SriDiah -MAHLIGAI CINTA, ngan Aisya Sofea -BUATMU KEKASIH. Bertambah2lah bahasa2 melankolik yg aku suker sgt nak guner..
xpesially, bahasa2 dlm novel Sridiah (http://sridiah2u.blogspot.com...). Pengsan giler, nak ceritanya satu perkara, melankoliknya sampai 2-3 perenggan..

Oklah, xleh nak crita pjg. Jap lagi pojek x aku mule. biskut sarang semut, ikut dateline,la. N, berbuka plak, ingat nak rendangkan udang. hMm..kene cari daun kunyit ni..okeh, gi round paso selayang, jap!
jumper lagih..
11 Comments
 
TENTANG DIA ( CHAPTER 2 )
09.29.06 (9:55 pm)   [edit]
CHAPTER 2 Seperti biasa, kami akan berjogging mengelilingi universiti untuk menguatkan stamina. Hari itu aku lihat Sarah lain sangat. Dia berlengan panjang, tudungnya tidak diselempang ke bahu lagi. Aku benar-benar gundah. Selain aku gembira dia sedikit berubah, aku juga takut, adakah perubahan ini berkait rapat dengan Haqqi? Sarah mula mengajak aku menemankannya mencari baju-baju berlengan panjang yang besar dan longgar serta sarung kaki yang akan disarung bersama sandal. Semakin rajin mengaji di bilik biarpun merangkak-rangkak dan kukira hanya 5-10 baris ayat seusai solat lima waktu.

Satu hari yang tidak pernah aku duga, Haqqi bertegas ingin menemuiku. Dia jarang menemui aku kerana terikat dengan kewarakkannya. Kalaupun ingin bertemu, dia akan bertandang ke rumah, sekaligus bertemu ibubapaku. Kalau telefon pun sangat jarang. Jika hal mengenai kenduri atau ceramah, barulah dikhabar padaku. Selalupun kami hanya akan ber ‘sms’. Tapi, itupun boleh dibilang dengan jari. Dia menjemputku dari rumah pagi sabtu itu. Adikku yang berusia 6 tahun turut mengekor bagi mengelakkan fitnah.
“Saya temui sesuatu yang berbeza dalam diri..’
Aku diam. Rasanya sudah dapat aku teka apa yang dimaksudkannya itu.
“Mastura, kita masih boleh bahagia, bukan jika tidak bersama ?”
Kakiku mula kebas, airmata seakan-akan akan berjurai. Apakah janji yang kami ikat selama belajar bersama di Maahad terkubur jua?
“Saya perlukan penjelasan!”
Hiba aku tahan. Tidak perlu terlalu lemah di hadapannya. Seorang pergi, masih ramai menanti!
“Anggap saja saya ditakdirkan untuk membimbing seseorang yang bukannya awak!”
Aku terjelepuk di atas tanah yang tidak berumput. Hancur segala-galanya. Begini rapuh Haqqi membuat keputusan, serapuh impian yang aku angankan 5 tahun yang lalu.
“Mastura, terimalah dengan redha. Saya telah berishtikarah, dan inilah keputusannya. Tapi, kita masih boleh berkawan. Mas akan saya anggap sebagai adik. Maafkan saya, Mas. Mas perlu kuat, ya”

2 B Continue..
1 Comments
 
TENTANG DIA ( CHAPTER 1 )
09.22.06 (5:56 pm)   [edit]
CHAPTER 1

“AHMAD Baihaqi. Sedapkan nama tu?” Terdengar nada riang suara di sana.
Aku masih teragak-agak untuk menjawab.
“Datanglah. Aku rindukan kau!”

***

Dia, aku kenali sebagai Sarah. Kami sama-sama rapat semasa menyertai persatuan seni mempertahankan diri; Taekwondo. Dia sangat komited. Setiap kali kejohanan antara universiti, dia akan sertai sebagai peserta. Entah apa silapnya, perlawanan yang lepas membuatkan dia tidak mampu untuk beraksi sebagai peserta, membuatkan aku berpeluang mencaras tempatnya untuk mewakili universiti di Pertandingan Taekwondo antara Universiti. Sarah turut serta, tapi hanya mampu menjadi peserta bagi ‘poomse’ sekaligus menjadi penyokong rasmi aku. Di situlah, segala-galanya bermula. Tentang perkenalan dia, tentang persahabatan kami dan tentang segala-galanya.
“Masa kau tengah lawan tadi, aku ke surau sekejap” Sarah menghulur tuala kecil padaku.
Air mineral bekalan dari pihak universiti, kuteguk perlahan.
“Alah, kau solat tak tunggu aku!” Aku menumbuk bahunya perlahan.
“Belumlah. Aku belum solat. Cuma temankan orang. Dah kebetulan, aku tanyakan sekali tempat solat siswi!” Sarah senyum-senyum.
“Nanti-nanti. Kau temankan siapa ni, ha? Kau dah berkenalan ke dengan pelajar-pelajar di sini? Jangan sorok”
“Mohammad Haqqi Salihin. Sorry. Aku tak tengok kau battle tadi. Aku tengok dia lawan. Dahsyat betul dia belasah pihak lawan”

Aku yang silap jika Haqqi yang Sarah maksudkan itu adalah Haqqi, bakal tunangku. Silap benar tidak memperkenalkan Haqqi pada Sarah. Sekarang Sarah sudah pun kenal, tanpa aku! Harap-harap Sarah tidak menaruh hati pada bakal tunangku, itu. Aku lihat Sarah masih tersenyum-senyum. Ada apa-apakah? Lekas, aku berlalu ke beg mengambil telefon bimbit. Bahaya juga jika Sarah jatuh hati pada Haqqi.
“Dia sedang solat. Nanti saya sampaikan salam Mas” Terdengar suara lain yang menjawab.
Dalam hati, aku berdoa-doa antara Haqqi dan Sarah, tiada apa-apa..

2 B Continue..
0 Comments
 
Convocation 13 august 2006
08.15.06 (5:56 pm)   [edit]
Photobucket - Video and Image Hosting

Antara yang hadir pada hari konvokesyen ke 3 Universiti Kuala Lumpur. Tahniah untuk diri aku sendiri..

with love and sweet memory
ruha
0 Comments
 
Cerita bersiri
08.10.06 (9:05 pm)   [edit]
Sori aah, lama tak berkarya, aku sibuk design website satu lagi. Penat gak perah idea. Tapi rasanya tak dapatlah nak kongsi ngan korang apa laman webnya sebab semuanya adalah fakta. Aku bercadanga nak create cerita bersiri, skag ni adalah beberapa bab, cuma tak terfikir nak upload dalam web ni sebab takut endingnya tergantung..

Maklumlah, idea tak banyak, sebab aku dah jarang jalan2 keluar. Gi jauh2 pun situ jugak..tak kemana, tak berkembang. Takat baca paper harian, magazines jelah..jadi pencernaannya tidak sehebat ngan berkembang seperti dulu..Tunggu jelah yea?
0 Comments
 
TASBIH UNTUK KAKAK
05.12.06 (9:27 pm)   [edit]
Disiarkan dalam akhbar skor 10 may 2006
Oleh: Hazelinwahida Muhammad


SIJIL itu berulangkali ku sua pada kakak. Menyatakan betapa gembiranya aku bergelar wakil sekolah menengahku dalam pertandingan tilawah Al-Quran. Biarpun hanya berjaya menduduki tempat ke tiga, namun aku teruja kerana menyertai pertandingan yang cukup besar itu. Kakak kulihat hanya senyum. Bukti apalagi yang perlu kutunjukkan pada kakak yang cukup gemar menegurku ketika membaca alQuran. Ada saja yang salah dipendengarannya. Salah tajwidlah, tak berdengunglah, panjanglah. Ah! Mahu mengajar aku, kakak pun belum pernah mewakili sekolah dalam tilawah inikan pula ingin mengajarnya..
“Ustazah Roslina hadiahkan tasbih ni. Tasbih dari kayu koka. Dari Makkah, ibu. Kata ustazah, dia berbangga dengan kejayaan Nadia. Dia beli masa buat umrah!” Aku memperlihatkan pada ibu. Kalau ibu berkenan aku akan serahkan pada ibu.
“Beri saja pada kakak” Ibu seolah memberi kata putus.

Ah! Kenapa perlu beri pada kakak. Kakak tak pernah menyokong aku sepanjang aku berlatih. Yang tahu hanya menegur. Salah itu, dan salah ini.
“Mm..tengoklah. Ibu, sijil ni nak letak kat mana?” Aku masih memegang tasbih koka yang kukuh buatannya.
“Fail sijil-sijil Nadia, ibu letak dalam rak sijil kat bilik ibu. Masukkan sijil tu sekali. Nanti ibu terlupa pula!”

Melihatkan fail yang agak tebal di rak yang sama, aku teragak-agak ingin membukanya. Satu persatu helaian kubuka. Habis mentelaah, aku terduduk. Ibu masuk ke bilik sedari aku berlama disitu.
“Apa yang Nadia lama sangat tu? Tak jumpa failnya?” Ibu membuka rak fail sijil.
“Nadia buka fail kakak tadi..”
Ibu memandangku. Berkerut dahinya.
“Kenapa kakak tak pernah cerita sebelum ni?”
“Cerita apa?” Ibu memegang bahuku. Tangannya turut membuka fail kakak. Ibu senyum.
“Dua kali kakak miss dari menyertai pertandingan tilawah AlQuran. Mula-mula, masa Nadia demam campak, takda orang jaga Nadia, masa tu Nadia baru 4 tahun. Wakil Zon masa tu. Kali kedua masa Nadia pergi lawatan masa tadika. Ibu suruh kakak temankan Nadia..” Ibu mengambil fail kakak kembali dan menyimpan semula surat kebenaran pelepasan pelajar kedalam fail.

Malam tu, aku menjengah kakak yang bersimpuh menaip assignmentnya. Kerja-kerja pun sempat lagi menyudahkan tugasannya.
“Suara kakak sedap masa mengaji, kenapa kakak tak expose masa sekolah dulu?”
Aku bersila disisi kakak. Kakak diam.
“Kakak../” Aku mengharapkan kakak memberi perhatian padaku.
Lewat kemudian, kakak memberhentikan kerjanya dan mengadapku.
“Nadia nak confess” Ujar aku takut-takut.
“Dulu, masa Nadia sekolah rendah, masa kakak nak pergi kuliah dan suruh Nadia jemur kain, Nadia dah buat sesuatu yang salah pada kakak..Nadia minta maaf, ya kakak” Tangan kakak ku genggam. Teringat kenangan masa darjah 5. Bersalah benar pada kakak.
“Mm..? Nadia buat apa?”
“Tasbih kakak yang putus tu..Nadia yang gunting..” Aku tunduk. Terkenangkan saat kakak mendapati tasbihnya putus, berhari-hari kakak menangis. Kuseluk poket dan mengeluarkan tasbih koka pemberian ustazah tadi.
“Kakak tetap juara di hati Nadia. Tasbih ni, Nadia hadiahkan pada kakak sebagai tanda maaf Nadia yang menghalang kakak dari mewakili Zon ke Pertandingan Tilawah AlQuran beberapa tahun lalu. Juga sebagai ganti tasbih kakak yang Nadia gunting dulu. Maafkan Nadia, sebabkan putusnya tasbih tu, kakak menangis dan tak lalu makan” Aku serahkan pada kakak yang agak terharu memandangku.
“Nadia, kakak tak nangis sebab tasbih tu putus. Tapi kakak nangis sebab, kakak gagal jadi kakak yang baik untuk Nadia, sehinggakan Nadia berdendam dengan kakak. Mangsanya tasbih pemberian arwah tok tu. Sudahlah..Nadia saja guna tasbih tu. Kan pemberian orang pada kita, tak elok pula kita beri pada orang lain”
“Kakak, sebenarnya, masa pertandingan tu, Nadia tiru stail kakak ngaji.. Aku tersengih..dan aku tahu, kakak sedar akan itu. Kakak memelukku. Syukur kerana aku dikurniakan kakak sebaik ini.
0 Comments
 
Guest..what..
04.13.06 (6:23 pm)   [edit]
surprise betul aku ble buka paper skor sisipan BERITA HARIAN semalam, 12 APRIL 2006 ada tersiar cerpen aku yang bertajuk

ENCIK, AWAK dan SAYA
0 Comments
 
Okey, ur turn..
03.29.06 (10:26 pm)   [edit]
satu hari tgh boring2 aku suhlah adeq create citer ttg 'ulat beluncas'. daripada duk sajer, baik jugak dia taip cerita, kalo bes, leh aku nanto ke DIDIK ke, MINDA PELAJAR ke, ADIK ke, KAWAN ke, ASUH ke..

kat cni aku kepilkan skali cerpen adeq yg cam hampeh khas untuk aku..penin tull budak ni..
bacalah..

Riuh rendah suara kasar merdu diruang tamu rumahku.Aku sahaja yang terkurung didalam bilikku. Aku berasa sunyi. Minat aku ialah membaca novel. Aku selalu berkurung didalam bilik kerana hendak membaca novel. Adikku selalu kacau aku ketika membaca novel. Okeylah sekarang aku perkenalkan diriku kepada mu. Namaku ialah KAK RUHA. Aku selalu memarahi adikku.Pernah sekali tu adikku memberi aku ulat BELUNCAS aku menjerit sesekuat hati. Kakakku yang pertama memarahiku kerana menjerit. Em,,,,,,,,,,,,,,,,,,lawak betul. Akhirnya aku dapat juga untuk membalas dendam pada adikku. Aku suruh adikku tidur diluar untuk melegakan hatiku.

Pagi tu aku liat untuk bangun. Aku merasa benda lender ada pada diriku, lalu aku bangun lalu menjerit rupa-rupa benda lendir tu ialah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, ,,,ulat BELUNCAS aku menjerit sesekuat hati hinggalah ibuku mencuah air sejuk pada diriku. Aku menggigil kerana kesejukkan. Ibuku memarahiku kerana menjerit malam-malam buta. Rupa-rupa aku bermimpi sedangkan memang ada ulat BELUNCAS disebelahku.

JANGAN MARAH INI CERITA TAKDE KENA MENGENA YANG DAH MATI ATAU HIDUP.
[SEKIAN TERIMA KASIH]
0 Comments
 
T E R U J A
03.18.06 (8:17 pm)   [edit]
Assalamualaikum, pelayar blog hazelinwahida. TQ sudi menjadi tetamu blog e- cerpen secara percuma ni. Aku nak kongsi bersama korangla, yg mana cerpen; DIA ADA DISANA, tersiar dalam MINGGUAN WANITA (17-23 MARCH 2006)-cover depan 'WAN KHATIJAH'. Belilah wat koleksi..hehe
0 Comments
 
D i a A d a D i S a n a ( E n d i n g )
03.10.06 (1:46 pm)   [edit]

Dulu, aku pernah ke Playground ini. Membawa Syannaz dan Ayuni menghirup udara petang di Bukit Antarbangsa ini. Aku pasti time begini pasti Syannaz dan Ayuni datang ke sini. Rindu sungguh pada mereka yang telah ku abaikan selama setahun. Tentu Ayuni sudah bertatih berjalan. Juga Syannaz sudah betah mengaji.

“Sorang? Boleh I duduk?”

Aku pernah dengar suara itu. Ku toleh dan memang pasti milik encik Annuar.
Aku mengensot sedikit ke kiri memberi ruang padanya.

“Syannaz ngan Ayuni jalan-jalan dengan ibunya, Jess. So, how’s ur life?

Eeh, macam tau-tau saja encik Annuar aku di sini. Boleh pula tahu aku sedang berdukacita.

“Mm..sebenarnya setiap petang I datang sini, jogging with my daughters . Since hari ni Jess tak travel, dia pinjam my daughters shopping kat Sunway. Am I bothering U ?” Pandangnya serba salah padaku.

“No. I’m missed thems. I taught we can meet here”

“Datanglah rumah. U still rememberkan our address?” Duganya.

Aku angguk. Malu aku. Bila dah jadi macamni baru nak rindu pada Syannaz dan Ayuni..

Oo..by the way, thanks for accepting me in ur life” Encik Annuar berdiri.
Nampak segak pula dia dengan pakaian sportnya.

“Pardon me?”Aku kurang pasti. Menerima apanye?

“By be my fiancé”

Aku jatuh. Pengsan erti kata yang sebenarnya.


Epilog

Khemah mula dipenuhi. Peluh memercik di seluruh wajahku. Beginikah akhirnya? Encik Annuar Wahidi, kah yang berada di hatiku? Sebentar nanti dia akan mengangkat Ijab dan Kabul.

“Aku terima nikahnya, Intan NurQhairyna Binti Qamaruddin dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai!”

END.
3 Comments
 
Dia Ada Di Sana (episod 12)
03.04.06 (3:59 pm)   [edit]

Satu hari sebagai permulaan, aku meronda-ronda, berkenal-kenalan, dan diberi beberapa dokumen untuk dibaca. Sampaikan rehat pun aku perlu berkenalan dengan kawan-kawan encik Badrul, yang juga senior-senior engineer. Yasmeen yang baru kukenali menghantar kupulang. Darinya aku mendapat tahu yang encik Badrul hanya menggantikan tempat encik Saiful di Kinokuiya. Dan aku mengisi kekosongan di tempat encik Saiful selepas dia meletakkan jawatan kerana terlibat dengan accident.

-Congrat’s!
Aku berkerut mengamati sms yang baru kuterima. Tak sure nombor siapa. Lalu kubiarkan tanpa berbalas. Biarlah, balik nanti aku akan meng checknya dalam directory peribadiku. 15minit kemudian sms kedua kudapat dari nombor yang sama.
-They missed u
Aku biarkan saja. Pulang saja, kucapai directory peribadiku. Memang nombor yang asing. Malas berfikir aku ignorekan saja.

4 bulan kemudian, aku dapat menyesuaikan diri di tempat baru. Kesemuanya baik-baik belaka. Aku dan Bad pun semakin kamcing kerana kami berkongsi minat yang sama. Shift yang sama, memudahkan kami berhubung. Hujung minggu atau hari cuti, kami main lawn bowl, badminton dan futsal. Bila department buat sports carnival, aku beregu dengannya.
Gila-gila betul! Time-time tak betul, jalan-jalan di starhill, petaling street dan juga melepak di Hard Rock Café! Beberapa bulan selepas itu, Bad berkias denganku; soal hantaran, belanja kenduri dan soal cuti-cuti Malaysia. Yang memang dapat ku agak dari awal, Bad membawaku ke ‘Poh Kong’.

2 minggu kemudian satu rombongan meminang datang, awal-awal lagi sudah kuterima. Penentuan hantaran, dulang, tarikh dan tempat kulepaskan pada urusan papa dan mama. Selepas sahaja selesai urusan bertunang, Bad kulihat semakin berubah. Tidak lagi seperti dulu. Tidak mahu lagi bersembang denganku. Kenapa, Bad?

Aku ada buat salahkah? Berterus teranglah..
Tak pernah kuduga, dengan satu pertanyaan membuahkan perang dingin antara aku dan Bad. Aku semakin tidak memahami dirinya..Di manakah Badrul Azhan yang kupuja selama ini?
0 Comments
 
Dia Ada DiSana (episod 11)
02.20.06 (8:40 pm)   [edit]
Bab 5

Terlompat aku menatap surat tawaran. Tempat yang kuhantar resume 4 bulan lepas yang baru kududuki interview seminggu sebelum menjadi org gaji encik Annuar, memerlukan aku mengisi kekosongan. Gembira tak terkata. Siapa yang mahu lepaskan post junior engineer di SEH? Yang pasti aku harus memberi notis berhenti 24 jam pada kak Mastura esok. Takkan pula aku nak melepaskan peluang sebegini susahnya nak dapat! Esok, usai menghantar surat, aku harus buat medical check up kat klinik Dr Fateh kat Jalan Masjid India.

“Cik Intan, U akan diletak bawah pengawasan senior engineer, Mr Badrul. I will let him conduct all!”

Mdm Jannete Chan, menekan intercom di mejanya. Kemudian seorang lelaki yang macam aku kenal masuk.

“I let her to you”
“Meet Mr Badrul..”
“Badrul Azhan Idris. Cik Intan NurQhairyna Qamaruddin? I’m waiting for u for 4 month ago!” Dia berbisik perlahan.
Terpengsan aku! Salesman ni ke?
Dia ni kerja apa sebenarnya?? Kuagak usianya penghujung 30an berdasarkan wajahnya yang agak matured. Iye iye je..aku meneka!

2B Continue
0 Comments
 
Dia Ada Di Sana (episod 10)
02.19.06 (2:36 pm)   [edit]
“Esok, kita jumpa di nursery okey, sayang?” Aku benar-benar tak sedar encik Annuar sudah berada di belakangku. Tak dengar pun keretanya memasuki garaj. Aku mengambil bungkusan di tangannya dan bawa ke dapur. Terngiang-ngiang suara encik Annuar yang seolah-olah mengejek cara aku bercakap pada anaknya. “Encik Annuar, saya professional. It doesn’t meant anything!” Aku menekankannya.
Maaflah ye encik Annuar. Dengan encik pun saya lansung tak minat, jangan prejudis dengan perkataan sayang itu!

“Yeah, sure. Awak tak tidur di bilik awak, ya setiap malam?”

Aku terperangkap. Memang pun. Dah aku tidur mati. Dibuatnya Ayuni merengek memalam, aku tak dengar, keringlah budak tuh! Nak selamat, aku tidur bersama Syannaz yang sebenarnya menempah bala ku sendiri.

“Saya ajar dia tidur sendiri supaya dia tak ralat bila kita tiada..” Perlahan terdengar nadanya.

“Hem..sekarang awak dah ajar dia tidur bertemankan awak. Abis, awak dah nak balik. Kalau dia tersedar, dia pasti akan cari awak!” Tegas pula bunyinya.

Aku tunduk. Salah aku juga..Mm..susahlah macam ni.

Sesudah Syannaz terlelap 11.30malam, hei, betul2 lewat malam! Encik Annuar menghantar aku pulang!

2B Continue..
0 Comments
 
Dia ada DiSana (episode9)
02.18.06 (6:09 pm)   [edit]
Bab 4

Jam 8.00malam, encik Annuar sampai. Berkeras mahu menghantar aku pulang, Syannaz pula tak mahu melepaskan baju aku.

“Nak tidur ngan mama” Rayunya.

Pahit aku rasa menelan air liur. Dari mana pula datangnya perkataan ‘mama’? Sedang selama ni dia duk panggil aku kak Intan! Gilo apo budak ni? Encik Annuar mengecil memandang aku!

“Ryn ajar dia panggil mama ke?” Encik Annuar kulihat macam bengang.

Eh, mintak maaflah bebanyak. Tak da masa aku mengajar perkataan itu untuk anaknya!

“Eh, taklah encik!” Kemudian aku teringat pada cerita ‘Itik yang Hodoh’ tentang mama itik! Tersekat-sekat nafas di kerongkongku.

“Esok, kita jumpa di nursery okey, sayang?” Kuusap rambutnya perlahan.

“Nak ngaji!” Jeritnya.

Aduh! Kenapalah dengan budak nih! Terpinga-pinga aku dibuatnya.

“Okey, Ryn, U bawalah dia ngaji dulu. Lepas dia tidur, I’ll sent u back” Bagasi yang tadi mendarat hanya di ruang tamu, diseret ke bilik. Entah pukul berapalah aku baru boleh pulang. Syannaz berlari ke bilik mendapatkan skaf yang kubeli untuknya. ‘Iqra’ kepunyaan adikku dibawa padaku. Sesudah menghabiskan membaca alif, ba, ta. Aku turun ke dapur, mencari apa-apa untuk dimakan. Dalam rancanganku, aku nak makan di rumah. Peti ais sudah tidak menyimpan apa-apa. Lapar betul. Aku mencapai caramel yang kubancuh semalam. Mujur itu masih tersisa. Sedang aku keluarkan pinggan dari peti sejuk, encik Annuar masuk ke dapur.


“Awak lapar tak? Jom pergi makan sekali!”

Makan? Dengan dia? Oh No!

“Err..”

“Oo..takpe takpe. Saya pergi beli nasi bungkus, or nak pesan pizza atau McD?”

Diaju pada aku.

“Saya lapar nasiklah encik!” Ambik kau! Ingat perut aku western ke?

“Okey!”

Kemudian terdengar Vios kepunyaannya keluar dari garaj. Sementara itu aku memanaskan air. Kot-kot nak buat air kan senang!

2B Continue..
0 Comments
 
Dia ada DiSana (episode8)
02.15.06 (8:03 am)   [edit]

Aku memerhati sekitar rumah. Terjaga bersih. Pakai orang gajikah? Beg pakaian ku lepaskan ke lantai, perlahan.

“U tak perlu mengemas rumah. Everyday ada orang akan datang buat semua tu. U, just jaga Syannaz n Ayuni, cooks for them. 9.00pm time to bed. Early morning 6.00am wake them up. End of this week, I will pay RM300. Ada driving license, kan? Noon, bring them to playground, 5.00pm until 6.30pm. Car key”

Encik Annuar melepas kunci kereta kancil barangkali ke meja tamu. Ingat ke tak aku pada jadual-jadual yang ditetapkan tu..Alah kalau aku ubah pun bukannya dia tau! Hey, percaya benar dia pada aku. Aku ni bukannya baik sangat pun. Kot-kot aku jahat, aku culik anak-anak dia, curi barang-barang dan kete dia, kan baru tau!. Encik Annuar menunjukkan aku kamar Syannaz dan Ayuni selepas menunjukkan bilik tamu padaku. Aku lihat saja encik Annuar memeluk Syannaz dan Ayuni yang masih nyenyak tidur sebelum mendapatkan beg pakaiannya. Toronto, Canada.. Inikan sudah jam 9.00 pagi? Kenapa mereka tidak dibangkitkan? Oo..barangkali tak mahu mereka terjerit-jerit melihat ayah mereka beredar.

“One more thing, hanya mereka harta saya. Jagalah sebagaimana awak menjaga diri awak. Awak nak ambil apa, ambillah. Tapi jangan aniaya anak-anak saya”
Tuturnya lembut dan tersentuh hati aku. Dia dengar ke plan aku tadi?

“Intan NurQhairyna, saya panggil Ryn ya? Ni kunci rumah. Kunci elok-elok. Ni no handset saya. Apa-apahal, give a call. Kad klinik mereka saya letak dalam cabinet bilik tidur mereka. Kalau sakit yang ringan-ringan bawa ke panel klinik. List klinik ada dalam tu juga, ya? Mm..sebelum mereka tidur, bedtime story, okay? Buku-buku cerita saya dah letak di tepi katil Syannaz. Cukup agaknya 5 buah. Kalau tak cukup awak reka-rekalah kisah sang kancil dan buaya, ya?. Terima kasih banyak-banyak” Panjang lebar pesanan penaja..

Aku angguk saja. Menghantar Encik Annuar di muka pintu selepas Limosin KLIA membunyikan hon beberapa kali.

“Jaga anak saya baik-baik. Take care both of u!” Hei, aku pula sebak tak sudah.


Sejurus selepas KLIA Limo hilang dari pandangan mata, terdengar suara Ayuni menangis. Lapar susu barangkali. Sesudah mengunci pintu, aku mendapatkan mereka. Bermulalah tugas-tugas khasku dirumah ini dengan rasminya. Termaktub juga jadual-jadual baru. Aku wujudkan kelas mengaji selepas maghrib, 15 minit sebelum maghrib, aku pastikan rumah itu bergema dengan alunan mengaji dari radio IKIM dan turut mengajar Syannaz sembahyang bila dia beria-ia nak ‘smayang’ denganku. Time makan, pagi, tghari, petang. Disertai juga sisipan susu. Cuma aku ngan Syannaz je makan. Ayuni mengunyah biskut Farley’s nya dan sesekali nestum. Syannaz rajin membantuku memasak dan membuat kuih. Oleh kerana dia suka sangat dengan cerita ‘Raja Donat’, maka aku selalu menguli donat buatnya. Donat tu aku salutkan dengan coklat putih dan coklat rice diatasnya, menarik bukan? Memang menarik perhatian budak-budak untuk menghabiskannya. Lebih-lebih, bagi jiran sebelah. Oleh kerana aku pemalas masak pagi-pagi, aku sudah sediakan awal-awal fries dan honeystar untuk Syannaz. Menyopping sehari selepas ayah mereka berangkat. Paling koman, sesudah subuh, sebelum membangkitkan diorang aku merayau keluar rumah mencari nasi lemak ke, kuih-kuih yang menarik untuk Syannaz, untuk aku juga. Ala..berapa sangatlah guna duit aku kalau nak dibandingkan dengan RM 300 yang akan diberi oleh ayah mereka. Seminggu berlalu dengan jayanya. Syukur mereka sihat sehingga waktu kepulangan ayah mereka.

2B Continue..
1 Comments
 
Dia ada DiSana (episode7)
02.12.06 (8:03 pm)   [edit]
Bab 3

“Intan, seminggu saja. Macamana?” Kak Mas berpeluk tubuh. Encik Annuar Wahidi yang kuagak dalam 30an masih tercegat berdiri.
Hmm..seminggu? Nak ke tak nak? Bukan tak nak, aku suka jaga Syannaz ngan Ayuni. Lagipun diorang memang close ngan aku, ehem..maklumlah aku ni baya-baya mak diaorang je..hehe. Tapi nak duduk rumah orang ni yang jadi masalah besar! Jaga kat nursery ni dahlah. Takpayahlah suruh aku wat part time kat umah dia! Aku jeling muka Encik Annuar. Dia bersungguh tak, nak suruh aku..?Dahi dia nampak terkerut-kerut.
“Kenapa tak hantar saja ke rumah mak encik Annuar atau rumah mak mertua?” Aku memprotes.
Aku terdengar Encik Annuar mengeluh kecil. Kemudian melihat jam tangannya.
“Petang nanti, I datang semula. Ada meeting!” Encik Annuar seperti tidak bersungguh mengharapkan aku.

Kak Mastura menghantar Encik Annuar keluar sebelum kembali menemui aku. Darinya baru aku tahu kisah sebenarnya. Isteri Encik Annuar, muallaf telah kembali ke rahmatullah. Yang aku temui di KLCC aritu adalah adik iparnya, Jessica. Dan setelah berkahwin dengan Syahida Julia, keluarga encik Annuar membuangnya terus. Jadi, tiada sesiapa yang boleh diharapkan menjaga Syannaz dan Ayuni melainkan aku yang tentu-tentunya rapat dengan mereka.
“Habis, yang selalu jemput Syannaz tu, siapa, kak Mas?”
“Hayati. Secretary encik Annuar!”
Oo..kisahnya..Jessica itu adalah ‘ibu’ bagi Syannaz. Dan encik Annuar, duda!
Emm..ada can! hehe..jahatnya aku!

2B Continue..
0 Comments
 
Dia ada DiSana (episode6)
02.11.06 (8:44 am)   [edit]
Bab 2

Kinokuiya, KLCC. Tak pernah lengang. Setiap ceruk pasti terisi manusia-manusia pembaca.
“Terbaru, Kau Kekasihku” Bad mengunjuk novel berharga RM 19.90.
“Ada less 20%”
“Bes ke? U dah baca?” Aku mengambil sebuah di rak. Lelaki bertag nama Bad itu menangguk. Aku kenali dia pun sebab dia suka lepak kat kawasan fiksyen Melayu ni. Hei, lelaki pun minat buku-buku camni.
“Adik I cakap bes. Disfungsi Erektil. Trylah baca. I jamin bes, macam I jamin ADAM & HAWA kat U tu. Bes, kan buku tu?”

Uhh..kalau dah salesman tu, kenalah rajin-rajinkan mulut cam dia nih..KAU KEKASIHKU, dan sebuah buku cerita fiksyen untuk kanak-kanak aku genggam ke kaunter pembayaran. Bad mengekor aku ke kaunter.
Di resit tertera nama penuhnya yang baru kini aku tahu; Badrul Azhan Idris. Ai, sedap betul namanya!
Tanpa aku sedar Bad menilik aku.
“Bes, kan nama I?” Ujarnya.
Uwek..nak termuntah aku.Eh, kuat ke aku cakap tadi?
“Nama I lagi bes!” Lagi lekas kaki aku melangkah ke luar. Pi usha-usha tiket ‘Buli Balik’ kat TGV. Aku mengecilkan anak mata. Rasanya macam cam..Saper ek? Tengah asyik aku cuba mengingati siapa..Senyum yang panjang menyapa.
“Kak Intan!” Tgnku digenggam erat. Tangan sebelah lagi memegang erat tangan ibunya.
“Oo..Syannaz. Tak perasan kakak. Nak pergi mana?” Aku mencangkung, menyamakan ketinggianku dengan Syannaz.
“Jalan-jalan je. Intan sorang?” Ibu Syannaz,berwajah cina yang aku agak-agak sebaya denganku tersenyum.
Aku terangguk. Tercari-cari juga ayah Syannaz. Dah kalau ibunya semuda aku, tentu sekali ayahnya pun muda juga. Hehe..gatal!
“Mana ayahnya? Jalan dua beranak je?”
“Beli tiket. Nak masuk Petrosains. Jomlah sekali” Pelawanya.

Emm..alahai, muda-muda dah jadi ibu. Aku ni..hai calon pun tak da. Aku lekas geleng dan meminta diri. Berjalan jauh sedikit dari mereka untuk melihat keluarga Syannaz sedari ayahnya menghampiri mereka. Wa..mithali sungguh..bila ternampak ayah Syannaz, Encik Annuar Wahidi mendukung baby..eh, Ayunilah! Ayuni tu adik Syannaz rupanya!

Dengan kemudahan LRT Putra, aku singgah ke KL Sentral. Mengambil komuter ke Sungai Buloh. Cadangnya nak melepak rumah Kak Jie. Boleh layan DVD ‘Long Kong’. Tengok sorang-sorang takut. Daripada hujung minggu tersisa, lebih baik berjalan..

2B Continue..
2 Comments
 
Hi there, it's me..Ruha

I'm starting wrote when i was 13, but be brave when i'm in form 3. My first 'cerpen' published on Berita Harian in year 1997 - BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN.

Till then i've wrote so many story and was published in various magazines such as DEWAN SISWA, MINGGUAN WANITA, URTV, BERITA HARIAN and so on.

The best part for being a writer is, i was invited for be an 'anak angkat Dewan Bahasa & Pustaka in 1999'. That is called MINGGU PENULIS REMAJA.

So, enjoy your reading, fren!


Image hosted by Photobucket.com
online





"Sebarang nama, watak dan cerita adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah kembali kerahmatullah"

KOLEKSI CERITA UNTUK AKU


1. Raikan Cinta

2. Nantikan Aku

3. Giga Dan Yana

4. Ada Nur Di Wajahnya

5. Beautiful Stranger

6. Di Sisi TanpaMu

7. Mencari Wajahmu

8. Dia Ada Di Sana

9. Tentang Dia

10. Iktiraf

11. Kehadapan Cinta

Image hosted by Photobucket.com
bright side in every sadness.... that its teach us to be more considerate to others.. to put ourself in their shoes.. to strengthen our faith to Allah SWT and to be patient..... and the most of all to teach ourself .. our heart and our mind that everything happened with a reason.... and theres' always happiness at the end of our journey...... Insya Allah..
Image hosted by Photobucket.com

kucintai Dikau dengan dua cinta, cinta kerana diriku dan diriMu, cinta kerana diriku, ku sentiasa meningatMu, cinta kerana Dikau, kerana telah Kau bukakan tabir, hingga kulihat, pujian bukan hakku, bagiMulah pujian itu.
Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com
ruha,hany,nuun,wan,nani
Image hosting by Photobucket
Blog ni start 24 April 2005,

Any problems..?
Do email me at; hazelinwahida@hotmail.com n i'll follow up..

-Ruha-


Image hosted by Photobucket.com

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan

Image hosted by Photobucket.com

Jangan terlalu baik, dia akan merindui anda. Jangan terlalu mengambil berat, dia mungkin menyukai anda. Jangan jadi terlalu sweet? dia mungkin jatuh hati kepada anda. Seseorang yang membuatkan anda jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi anda lebih daripada anda menyayangi dia.


Image hosted by Photobucket.com


1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah solat serta merta walaubagaimana sekalipun keadaan.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku2 atau pergilah mendengar perkataan2 yang baik ataupun amalkan zikrullah,dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang manfaat.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang senantiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan perkara yang membawa kebajikan sahaja.

9. Berkenal-kenallah dengan tiap2 saudara Ikhwan Al-Muslimin yang saudara bertemu dengannya walaupun ia tidak meminta untuk berbuat demikian kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannnya.

Image hosted by Photobucket.com
Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar hai daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang.
Anda mungkin menaruh hati padanya, cuma anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
Jangan terlalu baik, dia akan merindui anda. Jangan terlalu mengambil berat, dia mungkin menyukai anda. Jangan jadi terlalu sweet dia mungkin jatuh hati kepada anda.
Seseorang yang membuatkan anda jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi anda lebih daripada anda menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup anda dan menjadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang- kurannya dia pernah membahagiakan anda.
Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.Kembali pada anda..

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak anda ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita.
Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebeitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada.
Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama anda ketika ini tetapi masih menyayangi anda sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.
Image hosting by Photobucket

Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,
tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,
satukan hatinya dengan hatiku,
titipkan kemesran diantara kami,
agar kebahagiaan itu adalah abadi
dan
Tuhanku yang Maha Pengasih
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera
sepertimana yang Engkau
kehendaki
Amin

Tq cahayaidaman.com

Melangkah mengharapkan hadir dirimu
ku genggam segala memori
kita dewasa bersama
menuju satu cita
walau jalan berbeza

Kasihku sinar tanpa cinta
sinarnya tanpa asmara
dengarilah hatiku rindu
kasihku mekar tak berbunga
mekarnya didalam jiwa
biarkanlah, biarkan saja


Andai kau ada disisi
terukirlah senyuman
tersingkir rasa sepi
andainya kau pergi dari sisi
jangan disingkir diriku dari mimpimu


by Amy Mastura