 Blog For Free!
Archives
Home
2007 June
2007 April
2007 February
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
My Links
MyJurnal
Sahabatku
mENCARI dIRi
Me, Myself
akhie's blog
Syabab Muslim
xletronic
Degree@BMI
Giggs
sYahJahaN
mymasjid
bicaramuslim
e-masjid
M u t i a r a K a t a
Tazkirah
Kisah Teladan 1
Kisah Teladan 2
Kisah Teladan 3
Kisah Teladan 4
Kisah Teladan 5
Kisah Teladan 6
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Rindu Pada Mu
Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
DATE TO REMEMBER
Odd To My Family
10 October 1948
Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan
25 November 1953
Kampung Laut, Tumpat, Kelantan
Moms with her girls
AbaDie
14 October 1975
Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan
AbaWie
07 December 1976 Melaka
Kak Atiey
20 November 1978 Melaka
Kak Uniey
09 December 1979 Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan
De
19 April 1981
Kepong, Kuala Lumpur
ME
14 June 1982
Kepong, Kuala Lumpur
Muzz
02 April 1985
Selangor
Is
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur
Ha
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur
Ya
13 August 1990
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang
Syah
07 April 1992
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang
Adieq
25 October 1994
Kepong, Kuala Lumpur
Wan Muhammad Iskandar Firdaus
06 March 2003
Wan Muhammad Luqman Hadzim
04 May 2004
Wan Fatin Balqis Idzati
06 November 2005
WANITA YANG DISAYANGI
Adalah pencinta TuhanNya....
Yang mengalir cinta,takut dan harap...
Yang menguasai perjalanan penghidupanNya...
Dari waktu ke waktu....
Dari hari ke hari....
Sehingga perjalanan di antara....
Jasad dan nyawanya berakhir......
WANITA YANG DIRINDUI
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya....
terpancar sinar Nur Ilahi...
Lidahnya basah dengan zikrullah...
Di sudut hati kecilnya.....
Sentiasa membesarkan Allah....
WANITA YANG DICINTAI
Yang menutup auratnya....
Dari pandangan mata ajnabi...
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya....
Di sanjung tinggi......
Penduduk langit dan bumi....
WANITA YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan...
Hatinya yang telah jauh...
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim...
Di saat orang lain dilamar kebendaan....
WANITA YANG DIKASIHI
Yang bersyukur dengan apa yang ada...
Yang bersabar pada yang tiada....
Cinta pada hidup yang sederhana....
Yang tidak bermata benda.....
WANITA YANG DISUKAI
Menjadi dian pada dirinya sendiri....
Menjadi pelita untuk putera-puterinya....
Yang bakal dilahirkan......
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari....
 Click to join x_letronic
 Click to join degreebmi_unikl
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,
perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
MEET A TRUE BESTFRIEND
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
Jika kamu merasa lemah, itu adalah satu bentuk pengakuan yang jujur.
Yang demikian adalah karena kita adalah makhluk yang lemah. Hanya Allah
SWT sahaja yang Maha Kuat dan yang berhak memberi kekuatan kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.
Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Menyampai
ulangkan kebaikan-kebaikan yang kita dengar atau yang kita baca dari ta'alim, bayan dan mudzakarah adalah usaha yang dapat menumbuhkan keyakinan kita. Dan kejayaan akan timbul dalam hati apabila kita memaksimakan penggunaan mata, telinga, lisan dan fikiran kita untuk maksud itu.
" Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain
sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"
"Kemenangan bermula dari dalam diri."
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."
"Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan
perkara yang bodoh."
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang
semua manusia patut miliki."
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."

Sabda Rasullullah;
"Pesan memesanlah kamu tentang berbuat baik terhadap perempuan, kerana sesunggahnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, ia akan terus bengkok"
|
| KENALI WANITA ANDA |
| 04.30.05 (1:48 pm) [edit] |
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. betul!
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf sokong!
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan). agaknya
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. mungkin kot
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! xlansung..
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. xsure
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. agaknya
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. betul!
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. mungkin kot!
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. xsure
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. xsure
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. har..har..har..sgt-sgt betul!
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. tepat sekali
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. ya betul!
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. betul
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. betul!
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! sgtla betul!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. xsure
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikathati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. xsure
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. iyeke?
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! mungkin kot!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. har..har..
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. betul sgt!
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. sgt-sgt betul!
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. xsemestinya
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... har..har..har..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. iyeke?
|
|
2 Comments
|
| |
| Cinta vs Suka |
| 04.27.05 (11:27 am) [edit] |
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang... Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku... Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata... Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu... Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta... Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis... Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata, Perasaan suka bermula dari telinga... Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka... umpama kita membuang telinga kita Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.
Tetapi, hakikatnya Cinta kepada Allah swt Adalah lebih hakiki dan abadi
CINTA ibarat sebuah rumah tak perlu cantik, tak perlu mewah yg penting kita bahagia didlmnya..
cintakan bunga, bunga akan layu cintakan manusia, manusia akan mati cintakan Allah ,akan kekal selamanya
|
|
1 Comments
|
| |
| 4 Perkara Sebelum Tidur |
| 04.27.05 (7:47 am) [edit] |
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an, 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, 3. Sebelum para muslim meredhai kamu, 4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
|
|
0 Comments
|
| |
| Fakta Menarik |
| 04.26.05 (4:11 pm) [edit] |
aNDA mengetahui yang aNDA merindui seseorang apabila jantung aNDA berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. ANDA mungkin menaruh hati padanya, cuma aNDA tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
Jangan terlalu baik, DIA akan merindui aNDA. Jangan terlalu mengambil berat, DIA mungkin menyukai aNDA. Jangan jadi terlalu sweet? DIA mungkin jatuh hati kepada aNDA. Seseorang yang membuatkan aNDA jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi aNDA lebih daripada aNDA menyayangi DIA.
Jika seseorang yang hadir dalam hidup anDA dan menjadi sebahagian daripada hidup aNDa, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang- kurannya dia pernah membahagiakan aNdA. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama ANDA, dia akan kembali. Kembali pada aNDA.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak aNDA ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika aNDa merasakan aNDa telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka aNDa akan menyesal sebgitu sahaja.
Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.
Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama ANDA ketika ini tetapi masih menyayangi aNDa sepenuh hatinya.
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya aNDa akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk aNDa mencubanya, aNDa mungkin akan kehilangan orang yang aNDa sayangi selamanya.
Jangan takut untuk meluahkan isi hati aNDA kepda orang yang aNDa sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada aNDa. AnDA akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, AnDa juga kan rasa bangga terhadap diri aNdA kerana telah menunaikan tanggungjawab aNDa terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.
Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.
|
|
0 Comments
|
| |
| Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional. |
| 04.26.05 (4:06 pm) [edit] |
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?" Penjual: "Telur ayam atau telur itik?" Pembeli: "Telur ayam." Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?" Pembeli: "Ayam biasa." Penjual: "Yang tempatan atau yang import?" Pembeli: "Yang tempatan." Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?" Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal). Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?" Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?" Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang!
|
|
3 Comments
|
| |
| Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~ |
| 04.26.05 (3:59 pm) [edit] |
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,serentak nak ke tandas,pakaian serentak.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta,keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan ihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
|
|
49 Comments
|
| |
| Bosan Dengan Kehidupan Ini? |
| 04.26.05 (3:25 pm) [edit] |
Seorang pemuda datang mengunjungi gurunya lalu mengatakan, "Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya porak peranda. Usaha saya tak menjadi. Apapun yang saya lakukan selalu berantakan. Saya ingin mati."
Guru dengan tersenyum berkata, "Oh, kamu sakit."
"Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati."
Seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, Guru meneruskan,
"Kamu sakit. Dan penyakitmu itu sebutannya, 'Alergik Hidup'. Ya, kamualergik terhadap kehidupan."
Banyak sekali di antara kita yang alergik terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di tempat, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit.
Kita mengundang penyakit. Resistensi kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam perkara berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang wajar, lumrah. Persahabatan pun tidak selalu selamanya, tidak abadi. Apa kah yang selamanya, yang abadi dalam hidup ini?
Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.
"Penyakitmu itu dapat disembuhkan, asal kamu ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku." demikian ujar pak guru.
"Tidak guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup." pemuda itu menolak tawaran pak guru.
"Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?"
"Ya, memang saya sudah bosan hidup."
"Baik, besok petang kamu akan mati. Ambillah botol obat ini.
Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi di minum esok jam enam petang dan jam delapan malam kau akan mati dengan tenang."
Giliran dia menjadi bingung. Setiap guru yang dia datangi selama ini selalu berupaya untuk memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Ia bahkan menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul jenuh, dia menerimanya dengan senang hati. Pulang kerumah, dia langsung menghabiskan setengah botol racun yang disebut "obat" oleh guru tadi. Dan, dia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah dia rasakan sebelumnya.
Begitu rileks, begitu tenang! Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan mati. Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuahkenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan membisik di telinganya,
"Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis!
Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia menemukan isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan sebuah manis!
Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam hati
"Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang."
Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiaporang. Pekerjanya menjadi bingung,
"Hari ini, Boss kita ganjil ya?" Dan sikap mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan sebuahkenangan manis!
Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya.
Pulang kerumah jam 5 petang, dia menemukan isteri tercinta menungguinya di beranda depan. Kali ini justeru isteri yang memberikan ciuman kepadanya sambil berkata,
"Abang, sekali lagi saya minta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang."
Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan,
"Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu stress kerana perilaku kami."
Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?
Dia pergi bertemu dengan gurunya lagi.
Apabila melihat raut wajah pemuda itu, rupanya guru langsung mengetahui apa yang telah terjadi,
"Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dalam kekinian, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."
Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan guru, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon, dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!
Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.
|
|
1 Comments
|
| |
| ADA NUR DI WAJAHNYA |
| 04.26.05 (2:54 pm) [edit] |
“SURAIA telefon!” Kak Iza menghulur gagang. “Siapa?” Suraia meninggalkan gorengan ikan di dapur. “Faisal” Gagang bertukar tangan. Suraia diam mendengar sayup suara Faisal. Sesuatu yang sudah di jangka keputusannya kedengaran. Lewat dia meletak gagang. Suraia terduduk.
Sekitar bangunan sewaan sebuah kolej swasta francis universiti tempatan itu lengang. Suzy menyusuri ke tapak perhentian bas. Dia sempat mengerling ke arah gerai burger yang betul-betul bersebelahan dengan perhentian bas itu. Juga yang pasti sudah seminggu dua juga dia berbual dengan tauke gerai burger itu tanpa mengetahui nama sebenarnya. “Lewat hari ni?” Tangannya ligat memicit botol sos ke atas daging ayam yang siap dicampur sedikit kubis. “Kena denda. Artwork tak siap” “Anda seorang pelukiskah atau kartunis?” Suzy tertawa kecil. Segera melabuhkan punggung ke atas bangku di gerai burger tadi. “Bakal designer” “Ooo. Burger ayam special seperti biasa, hari ini?” Suzy mengangguk. Serasi berbual dengan tauke muda yang rajin berkopiah ini. “Burger siap!” Wang kertas RM2 bertukar tangan. “Keep the change!” “Eh selalu sangat ni!” “Tak pelah. Duit halal tu!” Pemuda berkopiah itu menerima dengan anggukan kecil. Suzy berpaling ke arah jalan raya. Bas yang ditunggu sudah pun tiba. “Lain kita berbual dengan nama. Saya Suzy. Anda?” Suzy menghulur tangan. “Joshua. Hm..saya fikir kita bukan muhrim” Suzy menarik tangan kembali. Segera mendapatkan bas.
“LEKAS sikit, Raia. Nanti tak sempat jumpa kawan kak Iza tu!” Hasnizar menjerit dari dalam Mitsubishi. Suraia berlari anak mendapatkan kakak iparnya itu. “Tak taulah kakak berapa lama dia boleh tahan nanti!” Dilihat kembali duduk letak pakaiannya. Tak nampak apa yang kurang dengan baju kurung disertai tudung bulat berwarna pink. “Fais, kenalkan. Adik ipar aku; Lisa Suraia. Raia, ini kawan kak Iza yang akan bantu kau sepanjang kau belajar di sini. Dia ketua pensyarah di sini” Faisal menghulur tangan. “Maafkan adik aku” “It’s okey” Kembali menarik tangan. “Well, Lisa. Jika awak dapat skor kelas kursus bahasa Inggeris yang kami tawarkan, awak akan terus di transfer ke kolej swasta kami”
SUZY intai ke tingkat bawah bangunan. Mencari kelibat Joshua. Sudah sebulan gerai burger itu kosong. Selama itu jugalah dia tiada teman berbicara semasa menanti bas pulang ke rumah. “Ada tisu?” Suzy berpaling setelah terasa bahunya dicuit. “Joshua?” Suzy terkelu. Kehabisan kata. “Awak cari saya?” Joshua turut mengintai ke bawah bangunan melalui cermin besar bangunan. “Er ya, tapi bukan” “Apa ni, yaa atau bukan?” “Apa awak buat dalam bangunan ni?” “Cari awaklah, Suzy” “Kenapa cari saya?” “Rindu!” Suzy tergamam. Ditahan dirinya agar tidak gelabah. “Rindu nak bersembang dan rindu nak tengok wajah mix awak” Sudah! Suzy terkedu. “Awak dah tak jual burger dah?” “Kalau awak selalu beli baru saya jual!” Joshua tersengih.
“Mm..,Joshua, saya ada satu soalan nak tanya. Pasal religion awak” “Terpulang pada pandangan awak, Suzy” Joshua menanggalkan kopiah, dilipat dan dimasukkan ke dalam saku jeansnya. “Tak semestinya hanya dengan memakai kopiah atau baju Melayu boleh dianggap beragama Islam” Prejudis terhadap wajah cina kemelayuan milik Joshua. “Dan patutkah seorang wanita Islam keluar dari rumah mengenakan skirt paras peha setiap hari?” Joshua memandang Suzy lama. Sebuah pengertian yang perlu dileraikan. “Suzy, betul kata awak. Tapi tak semestinya juga dengan mengenakan nama samaran Inggeris terus dianggap tidak beragama Islam, dan awak nak tahu kenapa saya gunakan nama Joshua?” Suzy diam. Tiada reaksi selanjut. Rasa terpukul dengan kata-kata Joshua mengenai skirt yang dia pakai hampir dua tahun itu masih menyerang. “Saya ada seorang abang angkat. Semasa dia menuntut di kampus beberapa tahun lalu mengerjakan Ijazah Pertama. Dia mengambil course Undang-undang Islam bersama dua sahabat sebiliknya. Seorang lagi rakan bilik dia seorang yang free thinker. Bapa rakannya itu cina dan ibunya wanita Inggeris; Joshua namanya. Joshua tu turut mengerjakan Kursus Undang-undang tapi bukan Undang-undang Islam. Yang mengagumkan saya, abang angkat saya cerita, dia selalu meminjam buku kuliah dan bertanya kepada abang angkat saya mengenai Islam dan bidang yang dia ambil. Tak habis takat itu, tamat universiti, Joshua tu belajar di sebuah sekolah agama pondok di Kelantan, tempat kelahirannya. Selepas itu tiada khabar berita dari sahabat abang angkat saya itu. Berkait dari situ, abang angkat saya memanggil saya dengan nama Joshua” Suzy membatu. Begitu mudahkah untuk mempercayai orang?
CINCIN pertunangannya direnung lama. Selama berkenalan, bersahabat dan bercinta dengan jejaka itu, belum pernah lagi terlihat pendapatnya ditolak. Suraia berteleku di bilik. Wajah Faisal, seorang pensyarah muda dan popular di kolejnya itu terbayang. Betapa begitu ramai gadis kota yang anggun dan cantik cuba memikat, tapi dia juga yang menang. “Awak punyai wajah melayu yang asli. Dan..kecantikan yang asli” Suraia tunduk. Berat kepalanya untuk menatap wajah Faisal yang sedang memandu kereta seawal mereka bersahabat. “Selama ini saya mencari wanita yang mempunyai cirri-ciri seperti awak. Bertutup litup, muka manis, wajah asli bukan ditompok dengan alat make up, dan sopan santun. Alhamdullilah, Iza sememangnya tidak menghampakan saya. Awak memang seperti yang dikata” “Jadi, kak Iza menjual ‘minyak saya’ kepada prof?” “Eh tidaklah” Suraia menjadi tunggul seketika. Bukan dia tidak tahu, selama ini encik Faisal tidak pernah berdamping dengan wanita ‘bertutup’. Dan semestinya taste encik Faisal hanya kepada wanita ‘terdedah’. Mungkin encik Faisal sekadar ingin bermain-main? Atau kak Iza menceritakan salahsilah dirinya yang beribu wanita Inggeris? Dan sesungguhnya Allah menyayangi makhluknya. Dua minggu sebelum diakadnikah, Faisal mula mengubah pendirian. “Aku tak kira. Kau bersanding mesti lepaskan tudung!” “Tapi, bukan abang dah setuju kita tak perlu bersanding di pelamin?” “Ini keputusan aku. Ramai kawan-kawan aku nak datang. Mereka perlu kenal isteri aku berdarah kacukan” “Jadi kenapa mesti melepaskan tudung?” “Aku tak mahu mereka membuat kesimpulan bahawa aku berkahwin dengan seorang ustazah” “Abang?” “Aku bagi kau tempoh seminggu berfikir, kalau kau masih nak bersanding dengan tudung, kita putus!”
JOSHUA mematikan enjin KIA Sephia 5DR Hatchbacknya. Buat kali pertama Suzy kelihatan lebih manis mengenakan baju kurung dan selendang. “Suzy, awak jadi menemankan saya ke Pusat Islam?” Joshua menanti reaksi dari dalam kereta. Suzy segera mendekat. Enjin dihidupkan. “Ee.., kita serupa!” Joshua menjeling ke arahnya. “Serupa apa?” Masih terkial mengenakan tali pinggang keselamatan. “You look blue!” Joshua mengusik. Dialog yang sama di kaca TV. Suzy ketawa pendek. Di pandang seketika Joshua yang mengenakan baju Melayu biru Raihan dan seluar slacks hitam. “Mana kopiah ‘Saujana’ kau?” “Hari ni pakai songkok!” “Kereta ni../” “Oo, kau anak orang kaya ye? Tapi kenapa hanya menjadi penjual burger?” “Kaya di dunia, Suzy. Tapi miskin di akhirat!” Suzy tersindir lagi. “Suzy, awak cantik hari ini!” “Hari ini saja. Hari lain tak cantik?” “Tak adalah, cuma lebihnya pada hari ini. Kan elok berbaju kurung begini hari-hari?”
“Lama tunggu?” Joshua tersenyum mendekatinya di tempat letak kereta. “Berjanggut dah. Apa kau buat lama sangat?” Suzy melabuhkan selendang setelah diurut kepanasan. “Pinjam buku. Lain kali boleh kita ke sini selalu?” “Kita? Aku tak larat. Lorat. Kau datang sorang lain kali!” Suzy segera masuk setelah kunci kereta di buka.
Dari tingkat atas bangunan itu, diintai ke bawah. Bersebelahan tempat menunggu bas. Gerai yang sudah sebulan lebih tidak berfungsi. Wajah yang dicari tiada. Sudah seminggu dia ponteng kuliah semata-mata mengikut kak Iza dan abang long ke Bali. Lansung tidak dikirim khabar kepada jejaka berwajah cina kemelayuan itu. “Suzy,” Suzy berpaling. “Hah, kau Miza. Terkejut aku!” “Cari siapa di bawah sana?” “Cari? Mana ada aku cari sesiapa!” “Seminggu kau tak datang kuliah. Ke mana kau?” “Demam!” “Ni, ada orang tinggalkan surat dan bungkusan ini untuk kau; dari Joshua!”
Untuk Suzy, Saat awak membaca warkah ini, saya sudah berada di tempat kelahiran saya. Tak perlu tahu di mana dan saya rasa awak dapat meneka. Di sini saya sambung belajar di sekolah pondok yang saya pernah ceritakan pada awak.( tentang Joshua itu) Masih teringat cerita tentang Joshua yang saya ceritakan? 2bulan saya mendalami Islam, saya berundur dan bawa diri ke Kuala Lumpur sebagai seorang penjual burger. Masa tu saya belum memeluk Islam. Cuma suka-suka memakai kopiah dan songkok, serta baju Melayu setiap hari Jumaat. Saya bertemu awak. Saya terdengar awak membaca ayat Qur’si semasa anjing-anjing liar melintasi hadapan awak menunggu bas. Lepas insiden itu, saya terbuka untuk mendekati awak dan mengenali awak. Sikit-sikit saya belajar ke Pusat Islam semula untuk meminjam buku-buku agama. Terima kasih untuk sedikit keinsafan yang awak berikan. Atas itu saya menghadiahkan sepasang baju kurung sutera dan sehelai tudung buat awak.
Salam, Joshua Lee Alif Hadzim Abdullah Lee
Bungkusan berbalut rapi itu di pandang. Bukan tidak bersedia memakainya, Cuma.. “Good morning, Suzy!” Kak Iza membawa air sarapan mula terlopong. Abang long terpaku. “Bukan Suzy. Hari ini kembali kepada Lisa Suraia. Err, along. Esok Raia nak balik kampung jumpa abi ngan ummi! Nak terus menetap disana” “Balik Kelantan?” Kak Iza terduduk. Suzy tersenyum manis. Baju kurung pemberian Joshua merupakan hari pertama permulaan hidup barunya
|
|
0 Comments
|
| |
| GIGA DAN YANA |
| 04.26.05 (11:29 am) [edit] |
Julia.. Mainan setiap malam. Mama makin bosan mendengar lagu putaran yang sama. Ghazi lagilah dah penat meng komplain. Las sekali, “Biarlah mama, orang tengah mabuk Julia!” Ghazi pun seakan mengalah. Giga ingat lagi suaranya. Memang terbayang-bayang bagaimana wajah Julia. Tentu secantik namanya. Giga belum pernah bertemu Julia. Semuanya bermula bila Taufik bermurah hati memberi nombor telefon Julia. Sedang Taufik sendiri tak mengenali Julia. “Member chatting aku bagi. Sesuai ah ngan ko” Itu kata Taufik. Eii bilalah boleh bertemu Julia. Bermula Taufik bagi, nama nickname dia.. waja. Sms punya sms, pujuk punya pujuk barulah tau nama budak tu Julia. Budak UIA. Dah dekat sangat kalau nak jumpa. Dia BMI jea. “Giga, makan!” Gabie menjerit dari bawah. Itu kakak yang tua 2 tahun darinya. Memang paling best and paling sporting. Affair dia dengan Julia ni pun Gabie sorang je tau. Siap offer lagi nak gi jumpa Julia bagi pihak Giga. Eee tolonglah kak, I’m not ready yet. “Giga!” Giga lekas menonong ke dapur. Menyelit sony Ericsonnya ke bawah bantal. Bimbang dicerobohi Ghazi. Penyibuk betul budak tu! Nak tau je rahsia orang. Turun je, Gabie sengih-sengih hulur pinggan nasi. “Apa?” “Ingat ke dah kenyang dengar JULIA!” ghazi menyampuk. Mama pandang Gabie. Abah buat-buat bodoh. Sudah dilalui zaman-zaman cinta remaja. Dah masak sebenarnya.
“Biarlah kita jumpa secara kebetulan. Saya tak suka merancang!” Sms diterima dari Julia malam tadi. Penat betul pujuk budak nih. Dahla susah nak jadi kawan dia. Pastu nak jumpa pun susah! Mahal betul! Kekadang terfikir juga, buat apa lagi dilayan Julia kalau Julia sendiri buat endah tak endah? Mm..gila!
Diperhati saja Adziana keluar dari bilik kuliah. Pandangan kosong saja. Perasaan belum datang, yea! Adziana tu baik tapi low profile. Memang pernah terdetik nak mengenali Adziana. Tapi..,macam sombong jea budak tu. Ataupun dah berpunya. Mm..tapi macamana nak tackle pompuan macam tu sebenarnya?
“Julia, dah makan?” Giga sengih. Hari-hari mukadimah yang sama. Julia dah makan? Julia sihat? Apa khabar hari ni? Buat perabih 30sen je. Mujur Julia tu 012 jugak! “Awak start final bila?” Julia pun macam dah malas nak jawab soalan yang sama hari-hari. “Bulan depan. Awak?” “Saya midterm minggu depan. Hari-hari ada paper,wak!” Giga mengangguk. Macamlah Julia ada di depannya. “Julia, saya nak minta pandangan awak sikit boleh?” Giga berani-beranikan diri. Tiada balasan sms. Selalu begitulah, kalau boleh, sms tak berjawab. Kalau tak boleh, baru sms berjawab. Mm..pelik! “Macamana nak tackle perempuan?” Mesti Julia gelak pecah perut punyalah! “Pergilah berbaik dengan dia. Jangan cakap direct suka kat dia sudah!” “Dah. Tapi susahlah. Sebab dia tak suka sangat berbaik ngan bebudak lelaki!” “Masuklah sikit-sikit. Bukannya hari-hari mesti sembang ngan dia. Member-member biasa dulu. Jangan bagi dia perasan yang awak syok kat dia!” “Wokeh. Thanks sayang!” Opps! Giga tepuk dahi. Dah tersend perkataan sayang kat Julia. Eee..malunya. Ah..biarlah..Lepas tu memang Julia tak balas! Mesti Julia pun malu tak kenal tiba-tiba pakai pronounce sayang..
“Giga.., kau dah install software Eagle? Reti guna tak?” Adziana merapatinya. Rasa macam laju je denyutan jantungnya. Giga pandang keliling kelas. Cuma ada beberapa kerat yang tengah belajar menggunakan software tu. “Tau!” Giga telan liur. Adziana berdiri di belakangnya. Matanya cuma memandang muka skrin monitor. Mm..masa untuk ambil kesempatan. “Kau belum install ke?” “Dah..Tapi.., tak reti guna. Kau retikan?” Adziana pandangnya. Minta kepastian. Lekas diajar step by step. Alah tak luak pun ajar orang! Bila nak sampai step akhir, “Giga, tak pelah yea. Ok time kasih!” Giga angguk. Belum habis lagi..Dipandang keliling. Oo..dah takde orang padanlah cepat-cepat je Adziana nak pergi. Hatinya kembang berbunga.
“Sorry lambat. Saya main futsal tadi!” “Dah habis?” “Dah. Tengah study ke?” Giga teguk air. “Malam sikit kot. Tunggu membe-membe lain”jawapan dari Julia. “Okey, goodluck, sayang!” Macam satu kelaziman, ringan saja Giga menaip perkataan sayang. Alah, Julia pun tak kisah!
“Julia sihat?” Gabie menegur saat dia melangkah masuk kerumah lewat malam tu. Giga tersengih. Jari telunjuknya diletak pada bibir menandakan senyap. “Akak nak jumpa Julia tak bagi” “Kak, Julia yang tanak Giga jumpa dia. Dia nak jumpa Giga secara kebetulan” “Habis macamana kau nak detect dia tu Julia ke tidak?” “Ada jodoh adalah..” Chewah..tersengih sendiri. Sebenarnya dia pun tak pasti suppose perkataan sayang tu pada Julia or pada Adziana. “Dah pandai adik kakak nih..!”
Memang selalu diambil kesempatan menatap wajah Adziana dari jauh. Mujur gadis tu suka duduk di hadapan. Jadi..,tiada masalahlah! Adziana confirmly tak perasan pasal dia memang jenis tak ambil port benda-benda macam nih! Suatu masa, masa tengah lab, dia nampak Adziana macam serba salah. Rasa macam nak tolong. Tapi.., nanti kantoilah kalau Adziana tau yang Giga perhatikannya. Tup..tup Adziana pandangnya. “Giga, kenapa switch aku ni tak function?” Bersorak segera hatinya. Mujur juga dia yang duduk sebelah Adziana. Kalau orang lain, tentunya Adziana mintak tolong orang lain! Laju saja di check satu persatu komponen. “Try tukar ic TTL nih!” Sementara Adziana mencari ic lain, diletakkan nota-nota tambahan lab report atas buku gadis itu. Agak-agak Adziana nak tak? Dapat je ic, terus dipasang tanpa meminta pandangannya lagi. “Yana, dah jadi?” Giga saja-saja bertanya. Adziana mengangguk tersenyum. Terima kasih.. “Ada perkembangan tentang gadis yang awak nak tackle tu?” Sms Julia menyapa petangnya. “Alhamdullillah. Time kasih banyak-banyak. Awak tak teringin jumpa saya, Julia?” “Jumpa? Mm..kita jumpa di kedai makan Jimat. Belakang UIA, malam nih” Alah! Ada game malam nih! “Saya ada test esok” Giga mula menipu. “Awak marah ke?” Giga menduga. Sayang sebenarnya nak tinggalkan games. Punyalah susah nak masuk final tu. “Tak. Studyla. Tapi kalau ada masa, jengahlah. Oh ya, saya ada buat kenduri sikit bulan depan. Nanti saya bagi alamat kalau awak sudi datang. Study smart!” Giga senyum puas. Tak rasa rugi kalau Julia nak merajuk dengannya. Sebab, Adziana seakan dalam genggaman kini. Gadis itu, muda 2 tahun darinya.
Perjumpaan group petang tu agak membosankan. Memang takde mood. Dari jauh terlihat kelibat Adziana berlenggang. Makin lama makin mendekat. “Yana join group kita!” Naim mendahului bersuara. Lebar senyum Giga. Bahagia sungguh belajar hari-hari.
“Cuti sem ke mana?” Julia menghantar mesej sewaktu dia menyudahkan wirid terakhir. Macam malas nak jawab. Tak jawab, boleh? Giga membiarkan saja sms Julia tanpa balasan. Time orang nak, dia jual mahal. Time dah tak interested, terhegeh-hegeh datang. Kala ini hatinya memang tetap pada Adziana. Tak sabar rasanya bertandang ke rumah Yana sabtu ni. “Datanglah. Ajak kawan-kawan. Abah Yana buat doa selamat sikit untuk rumah baru” Adziana ikhlas senyum padanya. Ketika itu juga rasanya memang sudah di erase kan nombor telefon Julia dari hidupnya!
Kancil di parkkan di seberang jalan. Member-member semua dah turun. Sony Ericsonnya berbunyi memaksanya terhenti jauh dari member-member yang lain. “Korang masuk ah dulu!” Giga menjerit. Teragak-agak. “Hello?” Dikawal suaranya bila mengamati nombor di skrin kecil handsetnya. Macam familiar! “Awak nak datang rumah saya tak?” “Siapa nih?” Nombor rumah, mana nak cam.. “Julia. Datangla kalau ada masa” Giga terdiam lama. Datang..?tidak..? Ikut hati memang dia nak kenal Julia. Sedap betul suara dia. Mesti cun. Tapi..sekarang kat umah Yana. Mm..bila Giga fikir-fikirkan balik tak baik membelakangkan kawan yang selama nih banyak guide dia.. “Bolehlah. Rumah awak kat mana?” “Setapak Permai” Giga telan liur. “Jalan 3/54A” Giga berpeluh sedikit. “No.71” Giga tepuk dahi. Memang dah depan rumah Julia pun! Rumah Yana jugak! Julia dan Yana? Nak masuk ke tidak? Nanti-nanti, tanya dulu. “Am..Julia, Yana ada?” Giga beranikan diri bertanya. “Yana? Dia layan tetamu kat luar. Mana awak kenal adik saya?” Lekas Giga matikan sony Ericsonnya. Gila!
|
|
5 Comments
|
| |
| Nantikan Aku |
| 04.25.05 (3:12 pm) [edit] |
|
2002 "Saya mencari awak. Sehabis pesta konvo di skudai" saya diam saja. saya bukan tidak menoleh seusai meninggalkan kota UTM. Malah sy berdoa-doa supaya dialah yg datang walaupun dia turut tidak menyertai graduan menggenggam ijazah di pesta tersebut. Seorang rakan ada berbisik; "Dia ada hanie.Sepanjang kita bergambar. Dia memerhati dari jauh.Kau tidak terperasankah, itu?" bagaimana itu harus berlaku, sedang sy sibuk bergegas balik ke kuala lumpur petang itu juga. "Kata orang, jika mahu melihat samada kita berjodoh atau tidak..kita usah berhubung. jika ada jodoh, kita akan terhubung sendiri tanpa terduga" kelakar sungguh nasihat itu. Tapi sy pegang juga. Lalu tanpa sy sedar, dia telah beberapa kali menukar nombor telefon. "Mahu lari dr sykah?" "Hanie xpernah bg hint pd sy. Dari awal pengajian sy kenal Hanie, hanya sy yg agak terhegeh-hegeh. Sedang sy adalah ketua pelajar. Sy kira Hanie memang tidak pernah menaruh sebarang minat pada sy barangkali" 2003 "Kau jgn salahkan aku saja, Min. Sekadar pandang aku, senyum-senyum saja tanpa kata. Mana bisa aku faham apa disebaliknya?" Sy agak berang bila Yasmin mencuit hati sy dgn kenangan lampau. "Ntah,aku semakin xpaham dgn cr korang nih. Aku ingat ko yg jual mahal bila aku dengar cerita dari dia. Tp, bila dengar cerita ko pula, aku rs Zaid yg salah. Peningla" "Mana ko nak ajak aku pergi nih?" Sy tertoleh-toleh wajah Min. Dah lama sy drive. Dah jauh dr PWTC.(Kami br usai meronda-ronda di PC fair) "Jumpa x-hubby aku" Sy sedikit terperanjat. Xhubby? "Bila korang divorce? Sudahla tak jemput aku. Kad undangan lagila x dipos. Ko kahwin dengan siapa pun aku tak tau" Min sengih-sengih. "Orang xglamor. Biasa-biasa saja. Malulah bocorkan pd ko" "Eh, apa nak malu..? Dia kerja sapu sampah ke? Ke angkat sampah? Hei Min, aku xkisahlah kerja apapun. Asalkan semayang dia xtinggal sudah!" Min diam. Sy xpaham perkahwinan zaman sekarang. Senang-senang kahwin, senang-senang pula bercerai. Nasib baik xder anak. Kalu tak, berebut2 naik turun mahkamah. "Ko bila abis buat master?" Sy jeling Min. Nak tukar topiklah tu. "Min, tukar topik, ha? Lain aku tanya..lain pula ko tanya..?" "Anggaplah perkahwinan aku sebagai satu kesilapan. Kerana ianya xlain xbukan sekadar untuk menempatkan aku sebagai di tempat kemenangan. Aku menyesal, Hanie. Kerana menjadikan perkahwinan sebagai satu gelanggang permainan" Sy geleng. Perkara yg sudah. Sudahlah. Take it as pengajaran..pengalaman yg paling berharga.. "Sudahlah Min. Kalau boleh selamatkan lagi, korang rujuklah. Nanti kita jumpa x-hubby ko, kan? I'll try my best bg korang nasihat.." Hehehe menyibuk sungguh sy. Biarpun sy pernah terluka dengan Min. Min merampas segala-gala milik sy.Tapi sy tetap mengganggap semuanya diluar dugaan. Dah nak jadi macam tu. Bukannya kita rancang.. "kt mana?" "Egg House, Jaya Jusco Wangsa Maju" Sy mengambil jalan terdekat ke JJ. Lepas park kereta, kami beriring masuk ke alpha angle. "Mana hubby ko?" Min menunding jari.. di satu sudut tekun membelek majalah. Majalah Business barangkali. Dari belakang, terlihat rambut yang panjang terikat rapi. Sesekali memperbaiki kedudukan speknya tanpa bingkai. "Abang, meet my friend;.. Lutut sy longlai..biji mata terpinar-pinar rasanya.. "Ya Allah.. 2 b cont..
|
|
0 Comments
|
| |
| RAIKAN CINTA |
| 04.25.05 (10:57 am) [edit] |
|
November 2003
“SURPRISE! Aku kt KL. Aku rindu kau!” Pendek pesanan ringkas yang baru diterima. Aisyah telan liur. Takut betul kalau Sarah betul-betul mengotakan janji darinya.
“Kau tinggal kat mana, skang?” Aisyah mula mencerna idea. Kalau betul-betul Sarah sanggup turun KL semata-mata nak jumpa ‘tunang tak wujud’ Aisyah, memang mampus!
“Selayang. Sebenarnya dah dua minggu kat sini. Tiba-tiba teringatkan janji kau nak kenalkan aku dengan Muhammad Nur, tunang kau kalau aku turun KL, kan?” Ha, kan! Dah cakap!
“Nantilah kalau dia free..aku bawa jumpa kau. Kita buka pose sesame!” Peh, menanam tebu dibibir tuh! Apakan daya, jari terlalu ligat menekan butang send pada option 6510nya. Pengsan!
“Aku tunggu!” Aisyah bingkas mundar mandir. Mana nak cari ‘Muhammad Nur’ rekaannya? Tak pun mana nak cari ciri-ciri yang dia elaborate tentang Muhammad Nur? Susah tu nak jumpa!-tak tinggi, tak rendah, kulit sawo matang, senyuman yang comel, rambut beralun dan yang paling penting berjanggut sejemput. Maklumat tambahan, dia mestilah pakar computer dan berasal dari Pantai Timur.
“Aisyah nak beli apa-apa lagi?” Aisyah geleng. Kiri kanan sarat menjinjing lauk pauk berbuka puasa dan bersahur pagi esok.
“Kak Diah nak beli roti kat café kompleks pelajar jap,jom!” Aisyah mengekor saja. Jarang dia turun ke café kompleks pelajar. Sebenarnya kompleks pelajar tu tempat penginapan budak-budak HND. Diaorang memang pandang slack pada budak-budak degree sepertinya. Pada diorang, budak-budak degree berlagak! Tu yang malas turun ke café tu. Aisyah pandang saja gelagat budak-budak lelaki HND disekitarnya yang masing-masing menghidupkan motorsikal disekitar café itu. Sesambil itu dia menjeling tangan kak Diah yang asyik memilih roti. Hei..lama betul nak buat pilihan! Aisyah mengomel sendiri dan bermandir ke sisi peti air tin. Bersandar kat situ lagi bes! Boleh gak cuci-cuci mata. Tengah syok mengusha, dia lekas menoleh ke arah lain tatkala matanya terlihat “Muhammad Nur” senyum kepadanya. Rasa nak terpengsan disitu juga. How come Muhammad Nur boleh wujud? Yang sebiji dalam khayalannya?
“Dah,jom!” Kak Diah tarik tangannya.
“Ee, mengelamun tak ingat dunia!” Kak Diah senyum memperli. Aisyah pandang semula ke tempat ‘Muhammad Nur” berdiri sebentar tadi. Sungguh! Dah takde! Ah, bermimpi barangkali!
“Aisyah nak anta tak?” Kak Diah menyusun lauk pauk di meja hidangan di hadapan mereka.
“Lama tak dia buat? Berapa dia charge?” Plastik lauknya diserah kepada kak Diah untuk ditransfer ke pinggan.
“Kalau dia tak sibuk, kejap je. Alah, harga kawan-kawan je. Tapi memang puashatilah kerja dia. Maklumlah pakar!” Kak Diah berlalu ke dapur menyenduk nasi.
“Aisyah nak anta cpu ke sapa kak?” Lily yang baru masuk ke rumah mengekor kak Diah ke dapur.
“Member Hadi, adik kak Diah yang kak Diah cerita tu”
“Oo..Way, budak computer tu ke? Kak, dia sebaya akak kan?” Kak Diah mengangguk lambak.
“Tapi, nak ke dia ambik? Kan ke nak dekat fnal, nih?”
“Ntahla Li, Try aje. Kalau dia ambil, kita bayar. Kalau tak, usaha altenatif lain!” Kak Diah menggeleng. Dari tadi buka peti minuman, kejap belek roti, kejap lagi pegi kat peti minuman balik lepas tu belek-belek jajan.
“Nak beli apa ni, Syah?” Kak Diah jelling jam. Dah 6.30 petang.
“Roti potato ni. Tinggal satu ni je. Dahla expired dia esok..” Aisyah beralasan yang sebenarnya. Sesekali matanya meliar mencari kelibat ‘Muhammad Nur’ semalam.
“Oh ya CPU Syah tu,..esok Wan hanta ke rumah kita”
“Eh../ Aisyah kembali berdiri.
“Kak Diah cakap kat dia takyahlah hantar ke rumah. Sruh dia bawa ke café ni dah cukup. Dahla kelmarin dia datang ambil sendiri kat rumah. Susah-susahkan dia je!”
“Dah, Aisyah kata nak hantar hari tu pastu balik lambat pulak, akak suruhla dia datang ambil!” Kak Diah cuba mempertahankan diri.
“Syah tak cakap pun akak salah. Cuma.., akak pesankanla kat adik akak tu sruh dia bagitau kat Wan, ye? Pagi esok pukul 9.00 sharp” Kak Diah mencekak pinggang. Dari mula mandi di gerak Aisyah sampai dia sudah mencuci pakaian, gadis itu masih terbungkang atas katil.
“Syah, dah pukul 9.00 nih!” Aisyah bergolek ke lain. Liat betul membangkitnya.
“Syah!” Kak Diah menarik selimut Aisyah. Biar cepat sikit bangkit.
“Ala..akak ambikkan la..Orang ngantuk nih!” Aisyah menarik kembali selimutnya.
“Eeh..semalam Syah yang beria-ia nak ambilkan? Akak suruh Wan hantar ke sini, tak kasi!” Kak Diah tutup kipas, selak langsir. Biar panas pagi masuk ke bilik tu! Lekas Aisyah bangkit. Mencuka mukanya. Dahla bilik panas, ditutup kipas pulak, bukak tingkap pulak tu!
“Yela..yela..orang bangun!” Aisyah lewa ke bilik air. Inilah, kalau tidur lepas subuh, susah betul nak bangun! Jam 9.45 pagi. Tersengih-sengih dia melangkah membelakangi Wan yang duduk mengadap CPUnya. Café agak lengang. Maklumla bulan puasa.
“Maaf, saya lambat!” Aisyah tunduk bila betul-betul mengadap Wan. Bersalah benar pada si Wan ni.
“Berapa awak cas?”
“Sikit jah. Dok yoh baya!” Wan lekas berlalu. Memang tak sempat lagi dia tengok muka lelaki yang baik hati mempercumakan perkhidmatannya. Mungkin bengang barangkali menunggu lebih 45 minit. Kalau orang lain, mesti dah ditinggalkan cpu ni!
“Wan!” Aisyah memanggil. Ingin diucap terima kasih. Wan berpaling padanya. Serta merta Aisyah terdiam.
“Kita jumpa di Taman Melati, Gombak!” “Kat mana?” “Turun putra, terus nampak restoran tomyam kat situ. Jangan lewat!” Aisyah tersenyum saat menamatkan pesanan ringkasnya itu. Harapnya lepas ni..antaranya dengan Sarah, settle! “Wan Muhammad Nur” Segak dia berbicara. Bersalaman dengan teman Sarah; “Farid”;yang juga pernah menaruh hati pada Aisyah. “Ni, Sarah” Aisyah memaniskan muka di sisi ‘Muhammad Nur’nya
“Eh, hari tu kau cakap nama dia Muhammad Nur saja, kan?” Sarah berbisik sebelum memesan hidangan.
“Aku lupa. Ah, apapun nama dia, dia tetap tuning aku yang paling best!” Aisyah tersenyum. Sungguh! Tipis sekali puasa dia dan Way hari ni!
“Jadi, macamana boleh kenal, nih?” Farid memandang wajah serius Wan. Aisyah telan liur. Rasa macam terlekat keras di kerongkongnya. Jangan tersilap cerita sudah. Awal-awal sudah diberitahu mereka bertemu di stesen bas pada Wan.
“Dalam bas, saya duduk sebelah dia!” Wan pandangnya minta di iyakan jawapan itu. Ulp! Aisyah rasa nak terkantoi di situ juga!
“Eh, setahu aku, kau takkan duduk sebelah lelaki walau penat macamana sekalipun kan?” Farid berkerut dahi. Teringat masa study diploma dulu, banyak kali Aisyah bangun setiap kali dia cuba duduk di sisi gadis itu! “Duduk sebelah emak Wan, lah!” Aisyah cuba mencelah.
“Aa..maksud saya mak saya duduk sebelah dia” Wan cuba berlagak selamba.
“Ooo..sekampungla..?” Sarah menyampuk. Lega Aisyah betul-betul dah bertunang. Tak perlu susah-susah dia mengawasi si Farid lagi. Azan Maghrib berkumandang…
“Lepas ni, kita nak ke mana?” Wan memandangnya manja. Gerun Aisyah tak terkira. Awak.., janganla terkeluar dari skrip lagi..
“Oo korang ada planningla lepas ni?” Farid mencelah. Berbulu je melihat kemesraan Aisyah dan Wan.
“Kan awak dah janji nak terawikh sesame kat masjid Sharif, Gombak?” Aisyah senyum manis. Sungguh! Inilah senyumannya yang paling ikhlas. “Iyalah!” Wan pura-pura tepuk dahi. Terkekeh Aisyah dalam hati.
“Jom” Diberi laluan Aisyah bangkit dulu ke Satrianya.
“Berangkat dulu, ya!” Wan memenuhi adab sebelum membuka pintu pada Aisyah.
“Terima kasih, Wan!” Aisyah senyum puas sebelum Satria meninggalkan warung, Sarah dan Farid. Suasana hening saja sehinggalah sampai di hadapan rumah sewa Aisyah.
“Wan, ni nombor phone saya. Kalau awak perlukan bantuan pulak, jangan sesegan call saya ye!” Dilihat Wan statue. Kemudian Satria meninggalkannya begitu saja. Aisyah jungkit bahu. Biarlah, asalkan dah settle antaranya, Sarah dan Farid. Tujuannya menyamar dah bertunang pun sebab tak mahu Sarah frust. Sarah begitu sayangkan Farid. Sedang Farid terhegeh-hegeh padanya. Sebagai kawan, dia harus beralah biar sungguh hatinya pernah merasa senang dengan Farid. Aisyah kelu. Tergamam.
“Ada apa?” Wan kembali mendekatinya. Betul! Inilah ‘Muhammad Nur’ yang senyum padanya di café hari tu! Senyap. Wan semakin tidak menyenangi cara pandangannya ingin segera beredar.
“Saya nak minta satu pertolongan, boleh?” Lancar Aisyah bertanya.
“Saya sibuk!” Wan berpaling ingin pergi.
“Buka puasa bersama saya, petang ni!” Wan terhenti. Memandang kembali wajah sungguh milik Aisyah. Berani betul perempuan ni. Hari-hari berlalu dengan kertas final yang bersusun harinya. Tiada gap lansung! Dan selama itulah juga, dia lansung tak bertemu dengan Wan Md Shahir alias Muhammad Nur nya. Cerita mereka tamat di hari Wan menghantarnya pulang dari berbuka puasa bersama Sarah dan Farid. Sehinggalah raya aidilfitri bertandang, Aisyah lansung tidak mendengar khabar dari Wan. Terasa rugi dia tak minta contact dari Wan pada hari itu. Takpe sem baru buka, akan dicari Wan Md Shahir! Aisyah daftar asrama agak lewat sewaktu semester baru dibuka. Puas dirisik pada budak-budak HND mengenai Wan. Lansung buntu. Kak Diah menggeleng.
“Napelah tak Tanya kat akak, yang Aisyah tercari-cari si Way tu?” Aisyah tersenyap. Malu sebenarnya nak Tanya. Sebab dia bukannya ada apa-apa dengan Wan.
“Dia group A sem lepas. Kira dah habih dah study. Si Hadi cakap, Way futher study kt kat Stanford Shire University, UK. Buat degree kat sana setahun je!” Aisyah mengangguk. Dalam hatinya kecewa tak terkira. Kenapala Wan lansung tak hubunginya? Ah, bila difikirkan balik..siapalah dia di sisi Wan.. Petang, genap sebulan dia berbuka puasa dengan Wan Md Shahir, dia nak nangis sungguh-sungguh sambil basuh kain. Entah kenapa dia sendiri yang terasa perasaan itu sedangkan Wan, lansung tidak? “Aisyah, mesej!” Kak Diah menjengah kepala ke bilik basuhan. Lekas dikesat mata yang kebasahan. Keluar mendapatkan 6510nya.
“Saya nak minta satu pertolongan boleh?”- Muhammad Nur. Aisyah berdebar mengamati nombor si pengirim. Line Pantai Timur. Mesej kedua sebelumnya menjawab bertandang pula.
“Linked 1/2: Tolong selesaikan kebuntuan saya ini”
“Linked 2/2: Saya berjalan di suatu pesta, banyak neon bergemerlapan. Disatu sudut, saya tersilaukan cahaya yang terang. Saya ingin berhenti dan bertanya, bolehkah saya tumpang kecerahan disini?” Aisyah terdiam. Apa ni, teka teki ke?
“Awak mahu terus berjalan atau itu adalah perhentian terakhir awak?” Aisyah menduga.
“Linked 1/2: Ya, saya ingin menganggap itu adalah perhentian terakhir saya. Saya mahu meraikan pesta itu bersama. Saya mahu raikan bersama kecerahan disini. Sudi awak raikan cinta bersama saya?”
“Linked 2/2: Saya rindukan awak sejak kita mula bertemu ..”
Aisyah terjelepuk terduduk. Memang pengsan yang sebenarnya..
|
|
2 Comments
|
| |
|
Hi there, it's me..Ruha
I'm starting wrote when i was 13, but be brave when i'm in form 3. My first 'cerpen' published on Berita Harian in year 1997 - BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN.
Till then i've wrote so many story and was published in various magazines such as DEWAN SISWA, MINGGUAN WANITA, URTV, BERITA HARIAN and so on.
The best part for being a writer is, i was invited for be an 'anak angkat Dewan Bahasa & Pustaka in 1999'. That is called MINGGU PENULIS REMAJA.
So, enjoy your reading, fren!
online
|