 Blog For Free!
Archives
Home
2007 June
2007 April
2007 February
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
My Links
MyJurnal
Sahabatku
mENCARI dIRi
Me, Myself
akhie's blog
Syabab Muslim
xletronic
Degree@BMI
Giggs
sYahJahaN
mymasjid
bicaramuslim
e-masjid
M u t i a r a K a t a
Tazkirah
Kisah Teladan 1
Kisah Teladan 2
Kisah Teladan 3
Kisah Teladan 4
Kisah Teladan 5
Kisah Teladan 6
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Rindu Pada Mu
Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
DATE TO REMEMBER
Odd To My Family
10 October 1948
Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan
25 November 1953
Kampung Laut, Tumpat, Kelantan
Moms with her girls
AbaDie
14 October 1975
Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan
AbaWie
07 December 1976 Melaka
Kak Atiey
20 November 1978 Melaka
Kak Uniey
09 December 1979 Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan
De
19 April 1981
Kepong, Kuala Lumpur
ME
14 June 1982
Kepong, Kuala Lumpur
Muzz
02 April 1985
Selangor
Is
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur
Ha
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur
Ya
13 August 1990
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang
Syah
07 April 1992
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang
Adieq
25 October 1994
Kepong, Kuala Lumpur
Wan Muhammad Iskandar Firdaus
06 March 2003
Wan Muhammad Luqman Hadzim
04 May 2004
Wan Fatin Balqis Idzati
06 November 2005
WANITA YANG DISAYANGI
Adalah pencinta TuhanNya....
Yang mengalir cinta,takut dan harap...
Yang menguasai perjalanan penghidupanNya...
Dari waktu ke waktu....
Dari hari ke hari....
Sehingga perjalanan di antara....
Jasad dan nyawanya berakhir......
WANITA YANG DIRINDUI
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya....
terpancar sinar Nur Ilahi...
Lidahnya basah dengan zikrullah...
Di sudut hati kecilnya.....
Sentiasa membesarkan Allah....
WANITA YANG DICINTAI
Yang menutup auratnya....
Dari pandangan mata ajnabi...
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya....
Di sanjung tinggi......
Penduduk langit dan bumi....
WANITA YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan...
Hatinya yang telah jauh...
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim...
Di saat orang lain dilamar kebendaan....
WANITA YANG DIKASIHI
Yang bersyukur dengan apa yang ada...
Yang bersabar pada yang tiada....
Cinta pada hidup yang sederhana....
Yang tidak bermata benda.....
WANITA YANG DISUKAI
Menjadi dian pada dirinya sendiri....
Menjadi pelita untuk putera-puterinya....
Yang bakal dilahirkan......
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari....
 Click to join x_letronic
 Click to join degreebmi_unikl
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,
perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
MEET A TRUE BESTFRIEND
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
Jika kamu merasa lemah, itu adalah satu bentuk pengakuan yang jujur.
Yang demikian adalah karena kita adalah makhluk yang lemah. Hanya Allah
SWT sahaja yang Maha Kuat dan yang berhak memberi kekuatan kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.
Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Menyampai
ulangkan kebaikan-kebaikan yang kita dengar atau yang kita baca dari ta'alim, bayan dan mudzakarah adalah usaha yang dapat menumbuhkan keyakinan kita. Dan kejayaan akan timbul dalam hati apabila kita memaksimakan penggunaan mata, telinga, lisan dan fikiran kita untuk maksud itu.
" Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain
sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"
"Kemenangan bermula dari dalam diri."
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."
"Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan
perkara yang bodoh."
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang
semua manusia patut miliki."
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."

Sabda Rasullullah;
"Pesan memesanlah kamu tentang berbuat baik terhadap perempuan, kerana sesunggahnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, ia akan terus bengkok"
|
| Ramadhan Karim |
| 09.23.05 (2:08 pm) [edit] |
|
Hadis 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadis 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadis 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadis 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadis 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadis 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Sumber: Darulnuman (www.darulnuman.com)
|
|
0 Comments
|
| |
| Nantikan Aku (Episode 5) |
| 09.23.05 (1:29 pm) [edit] |
|
Sy terduduk lama. Tersedar bila rasa kebas teramat. Perlahan-lahan, air mawar yg sy bawa,sy siram lagi. Sy berdiri sebelum memandang kali terakhir kubur arwah. 'Zil, bersemadilah dgn tenang. Sy akan ke sini lg..'.
Banyak yg tidak sy detailkan di sini. Antaranya kemalangan Azizi Khalid pada hari majlis pernikahan kami amat mengesankan sy. Sy tahu bukan salah sesiapa. Takdir telah menuntut kami tidak berjodoh. Sy dgn berat hati, minta ditransferkan ke Sarawak. Mengajar di sana. Alhamdullillah. Sy tenang di sini biarpun sebatang kara menghitung masa..
|
|
0 Comments
|
| |
| Di Sisi TanpaMu (Intermission) |
| 09.07.05 (9:02 am) [edit] |
|
“Lama lagi ke Khamsani berkursus, Nadia?” Mama meletakkan gelas berisi jus oren dihadapannya. Sebenarnya, selepas SMS hari itu, Khamsani tak pulang-pulang ke rumah hinggalah 3 hari termasuk hari ini. Puas di cuba hubungi telefon genggam lelaki itu, namun suara mesin yang mengangkat. Sudah berjela-jela mesej dihantar, hanya satu jawapan yang sering diulang.. “Abang akan pulang bila hati Nadia bersedia menerima abang!” Naim pun selalu bertanyakan abang ipar kesayangannya itu. Nadia bingung sendiri. Bukan hati tidak mahu menerima Khamsani, tapi hatinya belum terbuka untuk menyayangi ‘orang luar’ selain darah dagingnya. “Jadi mengapa perlu menerima lamaran abang, setahun yang lepas? Abang tunggu Nadia, abang usaha menggembirakan hati Nadia, keluarga Nadia. Ini yang abang tunggukan itu? Nadia masih belum bersedia? Nadia sayang, belajarlah untuk menghargai..” Airmatanya tumpah. Saban hari selepas Khamsani hampir-hampir melutut memohon ihsan hatinya. Bukan sehari dua Khamsani memujuk, hampir setiap hari. “Abang tunggu di Ukay Perdana, rumah yang telah abang siapkan untuk kita sejurus kita diijabkabulkan. Sudah lengkap semuanya. Hanya menantikan kehadiran Nadia saja. Jika sudah muktamad, hubungi abang. Abang akan jemput Nadia!”
"Abang, baliklah. Nadia bersedia berpindah ke sana" Sms itu dihantar dan harap-harap Khamsani akan gembira menerimanya. Ketiadaan Khamsani menuntut pengisian dihati Nadia. Memang hati ini untuk abang, baliklah.
Sony ericson s700i, hantaran kahwin dari Khamsani padanya. Model itu bergema alunan polifonik. "Nadia sihat?" "Alhamdullillah. Abang sihat?Abang dimana? Abang nak balik bila?" "Abang pun sihat walafiat. Abang rindukan Nadia..Abang jemput Nadia balik nanti, ya? InsyaAllah pukul 5.30 abang sampai PJ, ok?" Nadia angguk sendiri. Rindu yang keterlaluan. Lekaslah abang. Biarlah abang orang pertama yg tahu. Biarlah abang orang pertama yg gembira..
Sesekali alain delon sappire ditangan jadi jamahan mata. hampir-hampir jam 7.00 petang!Terlalu lewat untuk menunggu. Jammed barangkali! Pembawaan beban yg berat memaksa Nadia untuk mundar mandir menghilangkan lenguhan yang berbisa.
Abang cintakan Nadia, abang rindukan Nadia. Tunggu abang, okey?
"Cikgu Nadia, tunggu cikgu Khamsani ke?" Nadia angguk tersenyum. Berpaling ke arah guard tua beruniform putih di situ. "Duduklah di kerusi kat dalam dulu. Nanti dia sampai, pakcik panggil cikgu Nadia" Nadia senyum. "Tak palah pakcik. Saya duduk di sini pun takpa" "Lama tak nampak cikgu Khamsani" "Dia kursus pakcik!" "Pakcik tengok dah 2 jam cikgu Nadia tunggu. Dah telefon cikgu Khamsani ke? Dia lupa ke..mana tau.." Nadia senyum. Kaki mula melangkah ke dalam pagar semula. Loratlah nak berbual. Sudahla penat menunggu. Kena bersembang pula! Dan kerana mengomel, dia tersadung base pintu pagar.
"Assunta hospital. Puan Nadia?" "Mr Khamsani comma!"
|
|
0 Comments
|
| |
|
Hi there, it's me..Ruha
I'm starting wrote when i was 13, but be brave when i'm in form 3. My first 'cerpen' published on Berita Harian in year 1997 - BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN.
Till then i've wrote so many story and was published in various magazines such as DEWAN SISWA, MINGGUAN WANITA, URTV, BERITA HARIAN and so on.
The best part for being a writer is, i was invited for be an 'anak angkat Dewan Bahasa & Pustaka in 1999'. That is called MINGGU PENULIS REMAJA.
So, enjoy your reading, fren!
online
|