 Blog For Free!
Archives
Home
2007 June
2007 April
2007 February
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
My Links
MyJurnal
Sahabatku
mENCARI dIRi
Me, Myself
akhie's blog
Syabab Muslim
xletronic
Degree@BMI
Giggs
sYahJahaN
mymasjid
bicaramuslim
e-masjid
M u t i a r a K a t a
Tazkirah
Kisah Teladan 1
Kisah Teladan 2
Kisah Teladan 3
Kisah Teladan 4
Kisah Teladan 5
Kisah Teladan 6
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Rindu Pada Mu
Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
DATE TO REMEMBER
Odd To My Family
10 October 1948
Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan
25 November 1953
Kampung Laut, Tumpat, Kelantan
Moms with her girls
AbaDie
14 October 1975
Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan
AbaWie
07 December 1976 Melaka
Kak Atiey
20 November 1978 Melaka
Kak Uniey
09 December 1979 Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan
De
19 April 1981
Kepong, Kuala Lumpur
ME
14 June 1982
Kepong, Kuala Lumpur
Muzz
02 April 1985
Selangor
Is
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur
Ha
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur
Ya
13 August 1990
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang
Syah
07 April 1992
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang
Adieq
25 October 1994
Kepong, Kuala Lumpur
Wan Muhammad Iskandar Firdaus
06 March 2003
Wan Muhammad Luqman Hadzim
04 May 2004
Wan Fatin Balqis Idzati
06 November 2005
WANITA YANG DISAYANGI
Adalah pencinta TuhanNya....
Yang mengalir cinta,takut dan harap...
Yang menguasai perjalanan penghidupanNya...
Dari waktu ke waktu....
Dari hari ke hari....
Sehingga perjalanan di antara....
Jasad dan nyawanya berakhir......
WANITA YANG DIRINDUI
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya....
terpancar sinar Nur Ilahi...
Lidahnya basah dengan zikrullah...
Di sudut hati kecilnya.....
Sentiasa membesarkan Allah....
WANITA YANG DICINTAI
Yang menutup auratnya....
Dari pandangan mata ajnabi...
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya....
Di sanjung tinggi......
Penduduk langit dan bumi....
WANITA YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan...
Hatinya yang telah jauh...
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim...
Di saat orang lain dilamar kebendaan....
WANITA YANG DIKASIHI
Yang bersyukur dengan apa yang ada...
Yang bersabar pada yang tiada....
Cinta pada hidup yang sederhana....
Yang tidak bermata benda.....
WANITA YANG DISUKAI
Menjadi dian pada dirinya sendiri....
Menjadi pelita untuk putera-puterinya....
Yang bakal dilahirkan......
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari....
 Click to join x_letronic
 Click to join degreebmi_unikl
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,
perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
MEET A TRUE BESTFRIEND
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
Jika kamu merasa lemah, itu adalah satu bentuk pengakuan yang jujur.
Yang demikian adalah karena kita adalah makhluk yang lemah. Hanya Allah
SWT sahaja yang Maha Kuat dan yang berhak memberi kekuatan kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.
Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Menyampai
ulangkan kebaikan-kebaikan yang kita dengar atau yang kita baca dari ta'alim, bayan dan mudzakarah adalah usaha yang dapat menumbuhkan keyakinan kita. Dan kejayaan akan timbul dalam hati apabila kita memaksimakan penggunaan mata, telinga, lisan dan fikiran kita untuk maksud itu.
" Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain
sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"
"Kemenangan bermula dari dalam diri."
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."
"Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan
perkara yang bodoh."
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang
semua manusia patut miliki."
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."

Sabda Rasullullah;
"Pesan memesanlah kamu tentang berbuat baik terhadap perempuan, kerana sesunggahnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, ia akan terus bengkok"
|
| Dia Ada DiSana (episod 11) |
| 02.20.06 (8:40 pm) [edit] |
Bab 5
Terlompat aku menatap surat tawaran. Tempat yang kuhantar resume 4 bulan lepas yang baru kududuki interview seminggu sebelum menjadi org gaji encik Annuar, memerlukan aku mengisi kekosongan. Gembira tak terkata. Siapa yang mahu lepaskan post junior engineer di SEH? Yang pasti aku harus memberi notis berhenti 24 jam pada kak Mastura esok. Takkan pula aku nak melepaskan peluang sebegini susahnya nak dapat! Esok, usai menghantar surat, aku harus buat medical check up kat klinik Dr Fateh kat Jalan Masjid India.
“Cik Intan, U akan diletak bawah pengawasan senior engineer, Mr Badrul. I will let him conduct all!”
Mdm Jannete Chan, menekan intercom di mejanya.
Kemudian seorang lelaki yang macam aku kenal masuk.
“I let her to you”
“Meet Mr Badrul..”
“Badrul Azhan Idris. Cik Intan NurQhairyna Qamaruddin? I’m waiting for u for 4 month ago!” Dia berbisik perlahan. Terpengsan aku! Salesman ni ke?
Dia ni kerja apa sebenarnya?? Kuagak usianya penghujung 30an berdasarkan wajahnya yang agak matured. Iye iye je..aku meneka!
2B Continue
|
|
0 Comments
|
| |
| Dia Ada Di Sana (episod 10) |
| 02.19.06 (2:36 pm) [edit] |
“Esok, kita jumpa di nursery okey, sayang?”
Aku benar-benar tak sedar encik Annuar sudah berada di belakangku. Tak dengar pun keretanya memasuki garaj. Aku mengambil bungkusan di tangannya dan bawa ke dapur. Terngiang-ngiang suara encik Annuar yang seolah-olah mengejek cara aku bercakap pada anaknya.
“Encik Annuar, saya professional. It doesn’t meant anything!” Aku menekankannya. Maaflah ye encik Annuar. Dengan encik pun saya lansung tak minat, jangan prejudis dengan perkataan sayang itu!
“Yeah, sure. Awak tak tidur di bilik awak, ya setiap malam?”
Aku terperangkap. Memang pun. Dah aku tidur mati. Dibuatnya Ayuni merengek memalam, aku tak dengar, keringlah budak tuh! Nak selamat, aku tidur bersama Syannaz yang sebenarnya menempah bala ku sendiri.
“Saya ajar dia tidur sendiri supaya dia tak ralat bila kita tiada..” Perlahan terdengar nadanya.
“Hem..sekarang awak dah ajar dia tidur bertemankan awak. Abis, awak dah nak balik. Kalau dia tersedar, dia pasti akan cari awak!” Tegas pula bunyinya.
Aku tunduk. Salah aku juga..Mm..susahlah macam ni.
Sesudah Syannaz terlelap 11.30malam, hei, betul2 lewat malam! Encik Annuar menghantar aku pulang!
2B Continue..
|
|
0 Comments
|
| |
| Dia ada DiSana (episode9) |
| 02.18.06 (6:09 pm) [edit] |
Bab 4
Jam 8.00malam, encik Annuar sampai. Berkeras mahu menghantar aku pulang, Syannaz pula tak mahu melepaskan baju aku.
“Nak tidur ngan mama” Rayunya.
Pahit aku rasa menelan air liur. Dari mana pula datangnya perkataan ‘mama’? Sedang selama ni dia duk panggil aku kak Intan! Gilo apo budak ni? Encik Annuar mengecil memandang aku!
“Ryn ajar dia panggil mama ke?” Encik Annuar kulihat macam bengang.
Eh, mintak maaflah bebanyak. Tak da masa aku mengajar perkataan itu untuk anaknya!
“Eh, taklah encik!” Kemudian aku teringat pada cerita ‘Itik yang Hodoh’ tentang mama itik! Tersekat-sekat nafas di kerongkongku.
“Esok, kita jumpa di nursery okey, sayang?” Kuusap rambutnya perlahan.
“Nak ngaji!” Jeritnya.
Aduh! Kenapalah dengan budak nih! Terpinga-pinga aku dibuatnya.
“Okey, Ryn, U bawalah dia ngaji dulu. Lepas dia tidur, I’ll sent u back” Bagasi yang tadi mendarat hanya di ruang tamu, diseret ke bilik. Entah pukul berapalah aku baru boleh pulang. Syannaz berlari ke bilik mendapatkan skaf yang kubeli untuknya. ‘Iqra’ kepunyaan adikku dibawa padaku. Sesudah menghabiskan membaca alif, ba, ta. Aku turun ke dapur, mencari apa-apa untuk dimakan. Dalam rancanganku, aku nak makan di rumah. Peti ais sudah tidak menyimpan apa-apa. Lapar betul. Aku mencapai caramel yang kubancuh semalam. Mujur itu masih tersisa. Sedang aku keluarkan pinggan dari peti sejuk, encik Annuar masuk ke dapur.
“Awak lapar tak? Jom pergi makan sekali!”
Makan? Dengan dia? Oh No!
“Err..”
“Oo..takpe takpe. Saya pergi beli nasi bungkus, or nak pesan pizza atau McD?”
Diaju pada aku.
“Saya lapar nasiklah encik!” Ambik kau! Ingat perut aku western ke?
“Okey!”
Kemudian terdengar Vios kepunyaannya keluar dari garaj. Sementara itu aku memanaskan air. Kot-kot nak buat air kan senang!
2B Continue..
|
|
0 Comments
|
| |
| Dia ada DiSana (episode8) |
| 02.15.06 (8:03 am) [edit] |
Aku memerhati sekitar rumah. Terjaga bersih. Pakai orang gajikah? Beg pakaian ku lepaskan ke lantai, perlahan.
“U tak perlu mengemas rumah. Everyday ada orang akan datang buat semua tu. U, just jaga Syannaz n Ayuni, cooks for them. 9.00pm time to bed. Early morning 6.00am wake them up. End of this week, I will pay RM300. Ada driving license, kan? Noon, bring them to playground, 5.00pm until 6.30pm. Car key”
Encik Annuar melepas kunci kereta kancil barangkali ke meja tamu. Ingat ke tak aku pada jadual-jadual yang ditetapkan tu..Alah kalau aku ubah pun bukannya dia tau! Hey, percaya benar dia pada aku. Aku ni bukannya baik sangat pun. Kot-kot aku jahat, aku culik anak-anak dia, curi barang-barang dan kete dia, kan baru tau!. Encik Annuar menunjukkan aku kamar Syannaz dan Ayuni selepas menunjukkan bilik tamu padaku. Aku lihat saja encik Annuar memeluk Syannaz dan Ayuni yang masih nyenyak tidur sebelum mendapatkan beg pakaiannya. Toronto, Canada.. Inikan sudah jam 9.00 pagi? Kenapa mereka tidak dibangkitkan? Oo..barangkali tak mahu mereka terjerit-jerit melihat ayah mereka beredar.
“One more thing, hanya mereka harta saya. Jagalah sebagaimana awak menjaga diri awak. Awak nak ambil apa, ambillah. Tapi jangan aniaya anak-anak saya” Tuturnya lembut dan tersentuh hati aku. Dia dengar ke plan aku tadi?
“Intan NurQhairyna, saya panggil Ryn ya? Ni kunci rumah. Kunci elok-elok. Ni no handset saya. Apa-apahal, give a call. Kad klinik mereka saya letak dalam cabinet bilik tidur mereka. Kalau sakit yang ringan-ringan bawa ke panel klinik. List klinik ada dalam tu juga, ya? Mm..sebelum mereka tidur, bedtime story, okay? Buku-buku cerita saya dah letak di tepi katil Syannaz. Cukup agaknya 5 buah. Kalau tak cukup awak reka-rekalah kisah sang kancil dan buaya, ya?. Terima kasih banyak-banyak” Panjang lebar pesanan penaja..
Aku angguk saja. Menghantar Encik Annuar di muka pintu selepas Limosin KLIA membunyikan hon beberapa kali.
“Jaga anak saya baik-baik. Take care both of u!”
Hei, aku pula sebak tak sudah.
Sejurus selepas KLIA Limo hilang dari pandangan mata, terdengar suara Ayuni menangis. Lapar susu barangkali. Sesudah mengunci pintu, aku mendapatkan mereka. Bermulalah tugas-tugas khasku dirumah ini dengan rasminya. Termaktub juga jadual-jadual baru. Aku wujudkan kelas mengaji selepas maghrib, 15 minit sebelum maghrib, aku pastikan rumah itu bergema dengan alunan mengaji dari radio IKIM dan turut mengajar Syannaz sembahyang bila dia beria-ia nak ‘smayang’ denganku. Time makan, pagi, tghari, petang. Disertai juga sisipan susu. Cuma aku ngan Syannaz je makan. Ayuni mengunyah biskut Farley’s nya dan sesekali nestum. Syannaz rajin membantuku memasak dan membuat kuih. Oleh kerana dia suka sangat dengan cerita ‘Raja Donat’, maka aku selalu menguli donat buatnya. Donat tu aku salutkan dengan coklat putih dan coklat rice diatasnya, menarik bukan? Memang menarik perhatian budak-budak untuk menghabiskannya. Lebih-lebih, bagi jiran sebelah. Oleh kerana aku pemalas masak pagi-pagi, aku sudah sediakan awal-awal fries dan honeystar untuk Syannaz. Menyopping sehari selepas ayah mereka berangkat. Paling koman, sesudah subuh, sebelum membangkitkan diorang aku merayau keluar rumah mencari nasi lemak ke, kuih-kuih yang menarik untuk Syannaz, untuk aku juga. Ala..berapa sangatlah guna duit aku kalau nak dibandingkan dengan RM 300 yang akan diberi oleh ayah mereka. Seminggu berlalu dengan jayanya. Syukur mereka sihat sehingga waktu kepulangan ayah mereka.
2B Continue..
|
|
1 Comments
|
| |
| Dia ada DiSana (episode7) |
| 02.12.06 (8:03 pm) [edit] |
Bab 3
“Intan, seminggu saja. Macamana?” Kak Mas berpeluk tubuh. Encik Annuar Wahidi yang kuagak dalam 30an masih tercegat berdiri.
Hmm..seminggu? Nak ke tak nak? Bukan tak nak, aku suka jaga Syannaz ngan Ayuni. Lagipun diorang memang close ngan aku, ehem..maklumlah aku ni baya-baya mak diaorang je..hehe. Tapi nak duduk rumah orang ni yang jadi masalah besar! Jaga kat nursery ni dahlah. Takpayahlah suruh aku wat part time kat umah dia! Aku jeling muka Encik Annuar. Dia bersungguh tak, nak suruh aku..?Dahi dia nampak terkerut-kerut.
“Kenapa tak hantar saja ke rumah mak encik Annuar atau rumah mak mertua?” Aku memprotes.
Aku terdengar Encik Annuar mengeluh kecil. Kemudian melihat jam tangannya.
“Petang nanti, I datang semula. Ada meeting!” Encik Annuar seperti tidak bersungguh mengharapkan aku.
Kak Mastura menghantar Encik Annuar keluar sebelum kembali menemui aku. Darinya baru aku tahu kisah sebenarnya. Isteri Encik Annuar, muallaf telah kembali ke rahmatullah. Yang aku temui di KLCC aritu adalah adik iparnya, Jessica. Dan setelah berkahwin dengan Syahida Julia, keluarga encik Annuar membuangnya terus. Jadi, tiada sesiapa yang boleh diharapkan menjaga Syannaz dan Ayuni melainkan aku yang tentu-tentunya rapat dengan mereka.
“Habis, yang selalu jemput Syannaz tu, siapa, kak Mas?”
“Hayati. Secretary encik Annuar!”
Oo..kisahnya..Jessica itu adalah ‘ibu’ bagi Syannaz. Dan encik Annuar, duda! Emm..ada can! hehe..jahatnya aku!
2B Continue..
|
|
0 Comments
|
| |
| Dia ada DiSana (episode6) |
| 02.11.06 (8:44 am) [edit] |
Bab 2
Kinokuiya, KLCC. Tak pernah lengang. Setiap ceruk pasti terisi manusia-manusia pembaca.
“Terbaru, Kau Kekasihku” Bad mengunjuk novel berharga RM 19.90.
“Ada less 20%”
“Bes ke? U dah baca?” Aku mengambil sebuah di rak. Lelaki bertag nama Bad itu menangguk. Aku kenali dia pun sebab dia suka lepak kat kawasan fiksyen Melayu ni. Hei, lelaki pun minat buku-buku camni.
“Adik I cakap bes. Disfungsi Erektil. Trylah baca. I jamin bes, macam I jamin ADAM & HAWA kat U tu. Bes, kan buku tu?”
Uhh..kalau dah salesman tu, kenalah rajin-rajinkan mulut cam dia nih..KAU KEKASIHKU, dan sebuah buku cerita fiksyen untuk kanak-kanak aku genggam ke kaunter pembayaran. Bad mengekor aku ke kaunter.
Di resit tertera nama penuhnya yang baru kini aku tahu; Badrul Azhan Idris. Ai, sedap betul namanya!
Tanpa aku sedar Bad menilik aku.
“Bes, kan nama I?” Ujarnya.
Uwek..nak termuntah aku.Eh, kuat ke aku cakap tadi?
“Nama I lagi bes!” Lagi lekas kaki aku melangkah ke luar. Pi usha-usha tiket ‘Buli Balik’ kat TGV. Aku mengecilkan anak mata. Rasanya macam cam..Saper ek?
Tengah asyik aku cuba mengingati siapa..Senyum yang panjang menyapa.
“Kak Intan!” Tgnku digenggam erat. Tangan sebelah lagi memegang erat tangan ibunya.
“Oo..Syannaz. Tak perasan kakak. Nak pergi mana?” Aku mencangkung, menyamakan ketinggianku dengan Syannaz.
“Jalan-jalan je. Intan sorang?” Ibu Syannaz,berwajah cina yang aku agak-agak sebaya denganku tersenyum.
Aku terangguk. Tercari-cari juga ayah Syannaz. Dah kalau ibunya semuda aku, tentu sekali ayahnya pun muda juga. Hehe..gatal!
“Mana ayahnya? Jalan dua beranak je?”
“Beli tiket. Nak masuk Petrosains. Jomlah sekali” Pelawanya.
Emm..alahai, muda-muda dah jadi ibu. Aku ni..hai calon pun tak da. Aku lekas geleng dan meminta diri. Berjalan jauh sedikit dari mereka untuk melihat keluarga Syannaz sedari ayahnya menghampiri mereka. Wa..mithali sungguh..bila ternampak ayah Syannaz, Encik Annuar Wahidi mendukung baby..eh, Ayunilah! Ayuni tu adik Syannaz rupanya!
Dengan kemudahan LRT Putra, aku singgah ke KL Sentral. Mengambil komuter ke Sungai Buloh. Cadangnya nak melepak rumah Kak Jie. Boleh layan DVD ‘Long Kong’. Tengok sorang-sorang takut. Daripada hujung minggu tersisa, lebih baik berjalan..
2B Continue..
|
|
0 Comments
|
| |
| Dia ada DiSana (episode5) |
| 02.10.06 (1:29 pm) [edit] |
“Intan reti jaga baby 6 bulan?” Kak Mas berdiri mendekatiku..
“Reti”
“Esok, Intan akan start jaga Ayuni..”
Alaa..aku baru nak geng ngan Syannaz ngan Aisyah..Ni kena tukar lain pula!
“Tapi, kak Mas, Syannaz ngan Aisyah baru nak kamcing ngan saya!” Aku ada hak protes, what!
“Ya. Intan tetap jaga Syannaz dan Aisyah. Cuma tambah Ayuni. Meh ikut kak Mas!”
Aku tarik muka yang sememangnya kak Mas tak nampak sebab dia mendahului aku memasuki bilik Kak Diah, penjaga awal Ayuni.
Masuk saja bilik, Syannaz melompat-lompat di sisiku. Aisyah mengekor saja aku menghampiri tilam yang kuhampar beralas. Perlahan-lahan kuletak Ayuni yang masih nyenyak tidurnya.
“Baby!” Jeritnya.
Hampir nak terputus jantungku. Kot ya pun suka baby, tak payahlah menjerit-jerit..
“Aisyah ngan Syannaz sayang baby?”
Mereka mengangguk.
“Kalau sayang baby, jangan bising. Baby nak tidur, ya!” Ku gosok belakang bahu mereka. Syannaz berlari mengambil begnya. Kemudian dikeluarkan sebuah buku cerita. Selamba dihulur padaku. Hmm..bedtime story eh?
‘Raja Donat’. Kubelek-belek dulu isi kandungannya. Agak comel lukisan-lukisan didalamnya. Padan pun ibu Syannaz membelinya..
2B Continue
|
|
0 Comments
|
| |
| Dia ada DiSana (episode4) |
| 02.09.06 (8:49 pm) [edit] |
Aku terkejut. Abis, yang jemput dia petang-petang tu siapa? Wajah Syannaz kupandang.
“Ada orang panggil mama tu ibu. Syannaz ada ibu, kan?” Kuduga gadis kecil itu.
Syannaz menggangguk dan kemudian bersila disisiku.
“Kenapa pula ni?” Hui..tak faham aku kenapa pula budak sorang nih.
“Syannaz nak susu, ke?
Laju je dia menggangguk. Langkahku diekor sampai ke pantry. Usai memberi susu, ku dodoikan Syannaz. Tidurlah cepat. Novel ADAM & HAWA ku capai. Sikit lagi nak abis ni.
Pintu dikuak dari luar. Kak Mastura menjengah.
“Intan, masuk bilik kak Mas, kejap!” Kak Mas turut menjeling kearah 2 kanak-kanak yang terbaring tertidur. Aku mengangguk tanda mengerti. Selimut ku gebarkan kebadan Syannaz dan Aisyah.
“Banyak betul novel dalam bilik tu” Kak Mas memperbetulkan cermin matanya.
“Aaa..saya baca masa diorang tidur, kak” Kecut betul perutku. Janganlah aku diberhentikan..Baru 2 minggu aku bekerja..
“Jangan abaikan kerja, ya Intan. Ramai lagi kat luar sana ternanti-nanti tempat yang kosong untuk kerja!”
Aku tunduk. Kakiku menguis-nguis karpet yang mengalasi bilik pejabat kak Mastura.
2B Continue..
|
|
0 Comments
|
| |
| Dia ada Di Sana (Episod 3) |
| 02.08.06 (5:01 pm) [edit] |
Ini membuatkan masa ku agak banyak juga terluang. Boleh juga layan-layan buku ceria. 2 hari lepas, Syannaz membawa buku ceritanya padaku.
“Baca!” Tukasnya. Lengan Aisyah turut ditarik sekali.
Aku pun agak terpinga-pinga. Sempat juga aku membelek tajuk bukunya. ‘Anak Itik Yang Hodoh’. Syannaz dan Aisyah bersila disisiku. Tak sabar menanti penglipurlara mereka bermula. Akula sapa lagi? Bantal 2-3 biji ku hampar berhampiran mereka. Ku tepuk-tepuk perlahan.
“Mm..kak Intan nak baca sambil baring. Syannaz baring sini, Aisyah baring sini, okey?”
Hui mak, laju je diorang letak kepala..Mm..tak lamalah tu. Maklumlah baru lepas makan nasi..Aku pun mulalah bercerita dengan penuh penghayatan sekali dengan lakonan semula suara-suara binatang dalam buku cerita tersebut. Sesekali kujeling juga kearah dua gadis cilik disisiku. Sah! Aisyah selamat tidur. Cuma Syannaz yang cerah lagi matanya. Agaknya nak tunggu sampai habis aku baca!
“Akhir sekali, anak itik yang berwana hitam itu pun pergi kearah mama dia..Gembira dia jumpa mama dia semula selepas berjalan beberapa hari mencari mama dia!” Dengan penuh perasaan aku pun menutup buku cerita tersebut.
“Syanaz tak da mama!”
2B Continue..
|
|
0 Comments
|
| |
| Dia ada DiSana (episode2) |
| 02.06.06 (5:53 pm) [edit] |
”Intan NurQhairyna Qamaruddin. Kak Mas panggil Intan saja ya?”
Selepas melihat namaku dlm borang permohonan kerja, dia memerhatikan aku dari atas sampai bawah.
“Kak Mas ingat Intan ni tunggu SPM..”
Hehe..apa-apa jelah kak Mas.
“Akak, Mastura. Hari tu kak Mas dh terangkan kan, polisi kerja? 2 minggu tempoh percubaan. Aritu kak Mas ckp jg baby kan? Tp sebab Intan pun baru. Buat permulaan, Intan jaga Anul Syanaz dan Siti Aisyah”
Kak Mas pandang aku. Ditilik lagi. Naper kak? Xpercaya?
Kemudian kak Mas membawaku menemui 2 gadis cilik, Anul Syanaz, 3 tahun dan Siti Aisyah, 2 tahun.
Mm..xsusah rupanya menjaga mereka, penat main, diorang tidur. Time makan, gerak saja. Kalaulah aku tau sesenang ini menjaga budak-budak ni, awal-awal lagi aku ikut kak cik. Jadi baby sitter kat tpt dia..hehe.
2B Continue..
|
|
0 Comments
|
| |
| Dia ada DiSana (episode1) |
| 02.02.06 (8:04 pm) [edit] |
Karya:Hazelinwahida Muhammad
Sebagai meminjam kata-kata dari dramatis terkenal; Erma Fatima, aku turut kepilkan disini.
Dia Tidak Indah di Matamu,
Dia Tidak Menggentarkan Batinmu,
Tapi dia ada Di Hati Kecilmu..
Prolog..
“Macamana?” Tangan Min kugenggam.
“Ikut kata hati kau. Dia ada di sana, di hati kecilmu. Isytikharah, Intan.” Min senyum.
Bab 1
Isnin yg mendatang semakin ketidaktentuan.Aku takut sebenarnya. Bagaimana untuk mengurusi anak-anak kecil seusia 6 dan 8 bulan itu. Itula, daripada duduk mengira rumput-rumput yang tumbuh di laman lebih baik aku usahakan untuk mengisi poketku yg semakin kekeringan. Sudahnya, minggu lepas ku hadiri temuduga di Maju Junction, jd baby sitter. Lari benar dari bidangku! Gelak tak usah cerita, hampir semua rakan sefakultiku sudah menghadiahkannya. Itu namanya kerja gila!
2B Continue..
|
|
0 Comments
|
| |
|
Hi there, it's me..Ruha
I'm starting wrote when i was 13, but be brave when i'm in form 3. My first 'cerpen' published on Berita Harian in year 1997 - BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN.
Till then i've wrote so many story and was published in various magazines such as DEWAN SISWA, MINGGUAN WANITA, URTV, BERITA HARIAN and so on.
The best part for being a writer is, i was invited for be an 'anak angkat Dewan Bahasa & Pustaka in 1999'. That is called MINGGU PENULIS REMAJA.
So, enjoy your reading, fren!
online
|