Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~

MIN RUHA


Blog For Free!


Archives
Home
2007 June
2007 April
2007 February
2006 November
2006 October
2006 September
2006 August
2006 May
2006 April
2006 March
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 October
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April

My Links
MyJurnal
Sahabatku
mENCARI dIRi
Me, Myself
akhie's blog
Syabab Muslim
xletronic
Degree@BMI
Giggs
sYahJahaN
mymasjid
bicaramuslim
e-masjid
M u t i a r a K a t a
Tazkirah
Kisah Teladan 1
Kisah Teladan 2
Kisah Teladan 3
Kisah Teladan 4
Kisah Teladan 5
Kisah Teladan 6

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Rindu Pada Mu

Tiada sehari yang berlalu Tanpa ku mengingati Mu Rindu pada Mu Sentiasa mendambakan Kasih dan sayang Mu Semalam aku bermimpi Dalam hujan ku berlari Berlari mencari Memangil-manggil nama Mu Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan Perasaan yang ku alami Cinta ku ini tiada berbelah bagi Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima Atau kau kan membiarkan saja Kerana ku berdosa Jangan biarkan ku terhina Ku merayu pada mu


Image hosted by Photobucket.com Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Image hosted by Photobucket.com

DATE TO REMEMBER
Odd To My Family

10 October 1948
Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan

25 November 1953
Kampung Laut, Tumpat, Kelantan

Moms with her girls

Image hosted by Photobucket.com
AbaDie
14 October 1975
Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan

AbaWie
07 December 1976
Melaka

Kak Atiey
20 November 1978
Melaka

Kak Uniey
09 December 1979
Kg Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan

De
19 April 1981
Kepong, Kuala Lumpur

ME
14 June 1982
Kepong, Kuala Lumpur

Muzz
02 April 1985
Selangor

Is
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur

Ha
10 August 1988
Kepong, Kuala Lumpur

Ya
13 August 1990
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang

Syah
07 April 1992
Kg Pelindong, Beserah, Kuantan, Pahang

Adieq
25 October 1994
Kepong, Kuala Lumpur





Image hosting by Photobucket
Wan Muhammad Iskandar Firdaus
06 March 2003

Image hosting by Photobucket
Wan Muhammad Luqman Hadzim
04 May 2004

Image hosting by Photobucket
Wan Fatin Balqis Idzati
06 November 2005

WANITA YANG DISAYANGI
Adalah pencinta TuhanNya.... Yang mengalir cinta,takut dan harap... Yang menguasai perjalanan penghidupanNya...
Dari waktu ke waktu.... Dari hari ke hari.... Sehingga perjalanan di antara.... Jasad dan nyawanya berakhir......

WANITA YANG DIRINDUI
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya.... terpancar sinar Nur Ilahi... Lidahnya basah dengan zikrullah... Di sudut hati kecilnya..... Sentiasa membesarkan Allah....

WANITA YANG DICINTAI
Yang menutup auratnya.... Dari pandangan mata ajnabi... Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya.... Di sanjung tinggi...... Penduduk langit dan bumi....

WANITA YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan... Hatinya yang telah jauh... Kepada AR-Rahman,AR-Rahim... Di saat orang lain dilamar kebendaan....

WANITA YANG DIKASIHI
Yang bersyukur dengan apa yang ada... Yang bersabar pada yang tiada.... Cinta pada hidup yang sederhana.... Yang tidak bermata benda.....

WANITA YANG DISUKAI
Menjadi dian pada dirinya sendiri.... Menjadi pelita untuk putera-puterinya.... Yang bakal dilahirkan...... untuk menyambung perjuangannya di belakang hari....

Click here to join x_letronic
Click to join x_letronic


Click here to join degreebmi_unikl
Click to join degreebmi_unikl


Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,

perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

Image hosted by Photobucket.com
MEET A TRUE BESTFRIEND

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan



Image hosted by Photobucket.com


Jika kamu merasa lemah, itu adalah satu bentuk pengakuan yang jujur. Yang demikian adalah karena kita adalah makhluk yang lemah. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Kuat dan yang berhak memberi kekuatan kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.

Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Menyampai ulangkan kebaikan-kebaikan yang kita dengar atau yang kita baca dari ta'alim, bayan dan mudzakarah adalah usaha yang dapat menumbuhkan keyakinan kita. Dan kejayaan akan timbul dalam hati apabila kita memaksimakan penggunaan mata, telinga, lisan dan fikiran kita untuk maksud itu.


Image hosted by Photobucket.com

" Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"


"Kemenangan bermula dari dalam diri."


"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."

"Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh."

"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."


Image hosted by Photobucket.com

Sabda Rasullullah;

"Pesan memesanlah kamu tentang berbuat baik terhadap perempuan, kerana sesunggahnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.

Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, ia akan terus bengkok"

Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~
04.26.05 (3:59 pm)   [edit]
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,serentak nak ke tandas,pakaian serentak.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta,keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan ihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
 


posted by: aiza insyira (reply)
post date: 01.16.08 (9:34 am)

boleh minta biodata dato'?



posted by: chy mata idaman (reply)
post date: 01.25.08 (3:13 am)

nk profile dato' jugak..



posted by: nadirah (reply)
post date: 01.26.08 (10:20 pm)

dato', saya ada tugasan. ia tentang tokoh yg saya sanjungi iaitu dato'. jd boleh sy mntk biodata daro'?



posted by: suzana (reply)
post date: 03.11.08 (7:34 am)

pengajaran yang terbaik untuk saya suzana dari brunei. umur saya sudah 35 tahun, saya berkawan 8 tahun bersama suami orang. dulu saya pernah juga berkawan dengan suami orang. saya berjanji tidak akan jatu cint dengan suami orang tetapi allah membri saya pentujuk.setelah saya diberi petunjuk saya sudah mengelakan tetapi petunjuk allah tidak dapat saya elakan makin kuat saya minta jauhi makin kuat hubungan kami, dato beri saya kesempatan dan nasihat yang saya perlukan.



posted by: amirah (reply)
post date: 10.29.08 (12:25 am)

boleh dato bg profile dkat sy?sy kne wat folio tntg dato..



posted by: salmah (reply)
post date: 12.25.08 (12:23 am)

salam dato..sy ade soklan..mcm mane kite nk tau yg dia tu jodoh kite..sbb kadang2 kite cinta kat org tu tp sebenarnya dia tu bkn jodoh kite



posted by: nurul (reply)
post date: 12.25.08 (2:19 am)

umur sy 20 thn,sy sdah ptus cinta 3 bln lalu,terasa dnia ini mcam nak kiamat ble org yg sy syg, curang selama 3 thn 8 bulan.skrg sy amat bdndm dgnnya skrg.skrg baru sy sedar sy byk melakukan kesilapan selama ini.slpas pada tu,sy dekatkan diri kepada allah dan banyak berdoa serta buat semmbahyang hajat untuk dia kembali kepada sy semula.utk pengetahuan dato,fmly bekas pakwe sy ingin sy jd menantunya.tp sy dh ptus asa utk hidup slps d kcewakan.adakah sy d kire b'dosA menyebut selalu ayat mcam tu?



posted by: haikal (reply)
post date: 01.01.09 (6:18 pm)

sye bru putus dgn pasangan sye..bile sye tanye knpa,die cume jawab 'saje je,nape?x leh ke?'sye turutkn permintaan die..walaupun sye rase sedih..sye x nk hubungan sye dgn die atas paksaan sye..sye sayang sgt kt die..tlong la sye..sye x nk cari org lain selain die..



posted by: dania (reply)
post date: 01.03.09 (12:43 am)

sbar n tabah mjlani hidup..ada hikmah d sebalik dgaan allah bg..bykan berdoa slps smbahyang dan menyebut nama dgn pasangan anda utk jodoh anda dgn si dia..insyallah..usaha tawakal serta doa merupakan kunci utama doa makbul..dkatkan diri kpd allah.mgkn anda ada bt silap..



posted by: (reply)
post date: 01.03.09 (12:47 am)

Reply to: haikal..bykan berdoa n smbahyang hajat..jgn give up..truskan usaha k




posted by: nazirah (reply)
post date: 01.16.09 (7:40 pm)

sy form 3.sy sedang mengkaji perihal dato dlm mata pelejaran sivik.sy memerlukan biodata dato tapi smpai skarang sy belum menjumpainya.bleh x dato letak pd blog dato?



posted by: ain (reply)
post date: 01.16.09 (7:54 pm)

sapa2....boleh bagi biodata dato x????



posted by: atikah (reply)
post date: 01.22.09 (3:39 pm)

saye nak tahu siape dato ?Dan tolong tunjuk kan gambar dan biodata





posted by: hanis (reply)
post date: 01.25.09 (3:27 am)

sye pun nk biodata dato' jgak..
nk wat kje svik ni...
dri td crik2 tp x de pun..



posted by: atun (reply)
post date: 02.07.09 (1:13 am)

saya pun nak biodata dato jugak



posted by: qazryn (reply)
post date: 02.08.09 (11:17 pm)

nak mintak biodata dato` leh x??
urgent.. keje skolah..
tq..



posted by: (reply)
post date: 02.21.09 (7:02 pm)






posted by: hafiz (reply)
post date: 02.21.09 (7:10 pm)

Reply to: assalamualaikum haikal,mgkn kini awk dlm kesedihan krn ditinggalkan kekasih tapi igt kata2 ini,kdg2 allah menyembunyikan kita matahari dgn menurunkan hjn tp tahukah kita yang allah ign beri yg lbh ia2 pelangi kpd kita.Begitulh dgn kehdpn kita.Ingtlh,kdg2 apa yg kita fikir baik kita xsmstinya baik dcc allh dan buruk bg kita tak smstinya buruk dcc allah.Allah pencipta kita dan dia tahu apa yg baik dan buruk utk kita....Berdoalh utk mdpt psngn yg lbh baik drpd kekasih awk dlu




posted by: fatimah (reply)
post date: 03.10.09 (7:03 pm)

assalamualaikum..dato',sy adalh salah seorang yg meminati dgn motivasi yg dato' sampaikan..sy ingin mbuat pmintaan,bolehkah sy minta alamat emel dato'?kerana sy mpunyai byk pkara yg kdg2 mbuatkn sy rase bgitu ttekan...sy harap dato' tak kberatan utk mnolong sy...



posted by: rizal (reply)
post date: 03.16.09 (11:56 pm)

saya ingin tahula dato,knapa skarang mkin ramai artis2 kite berbotox adakah ianye haram ataupun halal sebab setahu saya ia adalah seperti mengubah kejadian tuhan..Terima kasih dato..



posted by: Zue (reply)
post date: 03.22.09 (12:10 am)

nak mtk pandangan dan teguran dr dato'




posted by: Zue (reply)
post date: 03.22.09 (12:10 am)

nak mtk pandangan dan teguran dr dato'




posted by: sakura (reply)
post date: 03.27.09 (10:49 pm)

sya sekarang berumur 21 tahun tak pernah bercinta dan bukan sya meminta utk bercinta.semua kawan saya memang ada pasangan masing-masing.tapi saya rasa tak cemburu kerana masing-masing ada hak.jadi,adakah masa umur sekarang sesuai utk bercinta dan kini sya berada berad di ipt.walaupun di sana banyak pilihan tapi sya tak ada keinginan langsung utk mencari teman,berbanding kawan2 yang lain.adakah saya normal untuk bertindak sedemikian?????



posted by: iqa (reply)
post date: 04.26.09 (10:24 pm)

sy berumur 20 tahun..slama 20 tahun ni x penh bercinta lgsung.even cinta monyet.tp bila sy dah terbukak ati tuk trima seseorg dlm idup sy,sy jujur,ikhls trhdp ne,tp smpai mse die tgglkan sy..adkh sy brslh???



posted by: cur (reply)
post date: 05.02.09 (7:48 am)

saye pminat setia datuk...sgt minat r..nak hubungi datuk mudah mendapatkn nasihat datuk pada wktu yg singkat



posted by: Hamba Allah (reply)
post date: 05.16.09 (10:34 am)

Salam Dato..saya mahu mintak pendapat dato, kalau diberi 2 pilihan : A.orang yang sayangkan kita tetapi kita tidak suka atau sayang orang itu dan B. orang yang kita suka dan sayang tetapi dia tidak sayang kita macam mana kita sayang dia..mana yang lebih baik untuk mencari pasangan hidup?



posted by: sha (reply)
post date: 06.10.09 (11:35 pm)

nak tanya pendapat dato




posted by: sha (reply)
post date: 06.10.09 (11:47 pm)

nak minta pandangan dato tentang masalah sy...
sy tak pernah bercinta..satu hari abg kwn sy tel minta tlg psl keje,sy tlg dia..dari situ kami berkawan rapat. sy dan dia selalu ke surau yg berdekatan dengan rumah kami..sy tlg kejutkan dia bgun solat mlm dlm bulan puasa..pd bln yg sama dia ckp dia suka sy..sy pun ckp yg sy juga bleh terima dia. mak sy tahu mengenai sy dgn dia,dia juga slalu dtg umh sy..nampknya mak sy suku la ngan dia. satu hari mak sy nk sy jauhkan diri dari dia..mak sy ckp ayh sy tak suka dia sb ayhnya kahwin ramai dan perangai tidak baik..mcm mane nie dato...sy suka dia.. jika sy teruskan hubungan dgn dengan dia adkah sy berdosa dgn mak ayh sy..



posted by: sha (reply)
post date: 06.10.09 (11:50 pm)

nak tanya pendapat dato




posted by: wowo (reply)
post date: 06.12.09 (8:17 am)

hye Dato. saya nak minta pendapat dan nasihat daripada Dato.how should i start..ok.im having a relationship with this one guy.i kenal dia last 2 yrs.at first we start as a friend and it end up we had feeling toward each other.dari mula kami kenal we both understand yg kami sudah ada pasangan masing2.and last 6 month i broke up with my own bf due to our own mutual decision.but dalam pada masa yg sama saya mmg sudah ada hubungan dgn this guy before i broke up with my ex.so,the actual story is, i sekaranag ni masih lagi dgn this guy n dlm pd masa yg sama,he still with his own gf.i know im not suppose to be with him.tapi i masih lg dgn dia.it is hurt while i know about his gf but his gf doesnt know about me.a bit un fair kan?but this is not about their story its about me.i realise that i susah nk keluar dari relationship ini.as he was giving me hopes.i m not trying to blame him or myself.i cuma inginkan the reason why m i still want to stay in this relationship.im asking u this? the answer is i sendiri yg patut tahu.was it because i m too comfortable with him? or am i always think about the sweetest promises that he gave me? we already gone thru a trial tough time to break up.yet,we always get back together again with many kind of ways.then i m trap back in again.in this 2 and half yr we've been together,kami dah try more than 6 or 7 times to break up.yet,it doesnt work.sampaikan i rasa i need to move out from malaysia to go thru this process.tapi pada i ia nmpk seperti i lari dari masalah.then once i got a job in oversea i rasa spt i just wanted to gv the best of me while im still close to him.adakah itu satu perkara yg patut i buat?then i just leave..Dato, normally i always analyse my own problem carefully so that i can get the right things to do. tapi kali ini i couldnt even think of the solutions.dlm perkara spt ini, there is no right or wrong.no judgment towards sesape.tapi ini reality nyer.no one able to understand until u in it.ok.so Dato, kalau boleh just gv me ur point of view about what i've been thru here.thank u.



posted by: Dini Mujahidah (reply)
post date: 06.18.09 (1:29 am)

Salam Dato'..Saya ingin bertanya kemusykilan..Saya telah dilamar oleh seseorang untk dijadikan isteri pd 2hb 6 yg lpas. Dia cuba mengenali saya, melaui orng tengah di jabatan kami, yang merupaka seorang ustazah. Untuk pengetahuan dato', lelaki tersebut adlah seorang ustaz.Pada mulanya saya merasa mat bencu pd dia, krn rakan sekelas saya di universiti menaruh harapanb pd dia. Mereka kenal sebulan setengah lebih awal dr saya. Juga melalui irng tengah. Tetapi bezanya, dngan perempuan tersebuat, adlah pertemuan yng diaturkan..Disebabkan itu, saya cuba jauhkan diri. Atas nasihat seorang ustazah, saya melakukan istikharah dan hajat. Hasilnya, hati saya mengatakan dia. Tetapi, saya tetap menafikan kerana akal saya masih menolak dia. Dia bersungguh2 dan akhirnya mmberi saya mmnta sya melihat kpd trjemahn ayat surah al-baqarah ayat 6. Saya akhirnya akur dan menerima dia. Tetapi dato', baru sekejap td, dia mmberi saya sebuah buku untuk di baca yang bertajuk Cinta kepada Allah dan Rasul.. kami sama2 mmahgami, perlu mncinta Allah & Rasul sblum mncintai manusia..Tetapi, masalahnya dato' dia tidfak mmberikan sebarang status dengn kedudukan saya sekarang serta tntang lamaran tempoh hari..kenapa tidak seiringan? Saya mncintai Allah dan Rasul dan mnjaga batas2 prgaulan dengan 'bakal suami'..Saya menambahkan ilmu spy dapat mnjadi isteri, dan mujahidadah yg solehah..Sy selalu menegur dia tntg hal tersebut, wlupn say bukanlah ustazah, cuma seorang guru bahasa Inggeris..Jadi, soalan saya, apa yang perlu saya lakukan dan bertindak sekarang. Terutamanya status saya bersama dia...

wassalam



posted by: huril (reply)
post date: 06.27.09 (7:17 pm)

Reply to:
sya nak biodata dato



posted by: Rohani (reply)
post date: 07.07.09 (2:10 am)

salam Dato'..kakak saya seorg janda yang kematian suami beranak 3 berumur 51 thn.
Anak sulung lelaki(26 thn) baru berkahwin. Anak kedua perempuan 20 thn, ketiga lelaki,13 thn. Masalahnya dia bercinta lelaki berumur 27 thn yang sebaya anak sulungnya. Baru 2 bln mengenali lelaki ini sanggup buang keluarga. Anak-anaknya tidak merestui kerana faktor usia danj/masa mengenali lelaki tsb. Macam kena sihir kerana sebelum ini pernah berkawan dgn lelaki lain tp tidak seteruk ini. Mohon pandangan Dato dan sekiranya boleh saya ingin tahu cara menghubungi Dato...T. kasih



posted by: dila (reply)
post date: 08.06.09 (5:08 pm)

Reply to:haikal
sya taw mmag ssah haikal nk trima knyataan ni.Tpi percyalah haikal yang ada hikmah di sebalik kjdian ini. Apa yg pnting, syangilah dri kta sblum kta mnyayangi orang lain slagi orang tu bkan hak kta. Jgan sesekali smpan dendam pd si dia yg pnah bt haikal bhgia satu ktika dahulu, sbliknya bnyak2kan doa tuk si dia.




posted by: sya (reply)
post date: 08.16.09 (8:05 am)

assalamualaikum,boleh x saye nk dpt biodata dan gambar Dato tuk assigment?



posted by: sya (reply)
post date: 08.16.09 (8:08 am)

assalamualaikum,boleh x saye nk dpt biodata dan gambar Dato tuk assigment?



posted by: Shaini bin Hj Shabli (reply)
post date: 08.19.09 (1:01 am)

assalamualikum,boleh x ssya dpt biodata dan gambar Dato utk assignment



posted by: Shaini bin Hj Shabli (reply)
post date: 08.19.09 (1:01 am)

assalamualikum,boleh x ssya dpt biodata dan gambar Dato utk assignment



posted by: lia (reply)
post date: 08.19.09 (7:27 pm)

assalamualaikum dato. saya ada satu soalan iaitu saya sudah bertunang. saya dengan tunang saya sudah 3 tahun bercinta dan sudah 3 kali kami putus. ni adalah perhubungan kami yang baru. setelah kami memulakan perhubungan kami yang baru ni tunang saya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan ngan saya. sekarang saya da jadi tunang dia. tapi masalahnya saya tidak mengetahui cara dan pemikiran nya terhadap diri saya. saya selalu tidak sependapat ngan dirinya.saya tidak taulah adaka dia lelaki yang baik untuk saya atau pun jodoh saya ngan dai. saya bingunglah.



posted by: kamisaha@gmail.com (reply)
post date: 08.26.09 (2:31 pm)

Assalamualaikum Dato,Saya ada masalah keluarga,suami saya telah berpoligami sebanyak dua kali,kali pertama pada th 2003,dan bercerai setahun kemudian,dan sekarang dia kahwin lagi 2 bulan (julai2009)lepas,Masalahnya suami saya telah setahun menyibukkan diri dan bercakap pelbagai alasan bohong pada saya,semasa mengurat perempuan berkenaan.dan saya terasa amat terhina dengan perbuatan suami saya,sedangkan nafkah tidak pernah diberikan untuk saya selama 25 tahun berkahwin kerana saya wanita bekerjaya,makan pakai semuanya saya tanggung sendiri dengannya.Saya tidak tahu apakah salah saya sehingga dia selalu berbuat demikian,kerana sepanjang perkahwinan kami rumah tangga saya ceria dan penuh dengan kegembiraan saya dan anak2 yang seramai 5 orang.Suami saya juga selalu bermain mengurat di internet,seolah2 saya tiada perasaan cemburu.Untuk menikah kali ke 2,dia menyuruh saya menggosok baju melayunya dengan menipu saya untuk menghadiri kenduri kahwin rakannya,Datuk kalau saya tidak dapat mempercayai cakap suami saya,kepada siapa lagi saya harus percaya.Tolonglah datuk,apakah yang harus saya lakukan,saya amat menyanyangi kebahgiaan keluarga saya



posted by: fidah (reply)
post date: 08.31.09 (9:49 pm)

salam dato, nk biodata dato bleh



posted by: KHAIRUN NISHAH (reply)
post date: 09.03.09 (1:15 am)

ASSALAMUALAIKUM DR.SAYA SUKA MENDENGAR CERITA DATO..KATA MOTIVASI YANG DATO BERIKAN BANYAK MEMBERI KESAN KEPADA JIWA SAYA..SAYA TAHU PEDIH KATA-KATA DATO TU UNTUK SAYA TERIMA..SAYA HARAP DAN IMPIKAN YANG SUATU HARI NANTI DATO DAPAT PEGI BUAT CERAMAH DEKAT KAMPUNG SAYA KAT BALOK,KUANTAN..DAN DAPAT BERBUAL DENGAN DATO..SAYA HARAP DATO SUDI BERIKAN SAYA EMEL DATO..SAYA PERLU BERCAKAP DENGAN DATO..KALAU DATO ADA MASA TOLONG CALL SAYA 0199961707.SAYA MEMERLUKAN BANTUAN DARIPADA DATO. TOLONGLAH PELAJAR BERMASALAH MACAM SAYA INI.



posted by: KHAIRUN NISHAH (reply)
post date: 09.03.09 (1:15 am)

ASSALAMUALAIKUM DR.SAYA SUKA MENDENGAR CERITA DATO..KATA MOTIVASI YANG DATO BERIKAN BANYAK MEMBERI KESAN KEPADA JIWA SAYA..SAYA TAHU PEDIH KATA-KATA DATO TU UNTUK SAYA TERIMA..SAYA HARAP DAN IMPIKAN YANG SUATU HARI NANTI DATO DAPAT PEGI BUAT CERAMAH DEKAT KAMPUNG SAYA KAT BALOK,KUANTAN..DAN DAPAT BERBUAL DENGAN DATO..SAYA HARAP DATO SUDI BERIKAN SAYA EMEL DATO..SAYA PERLU BERCAKAP DENGAN DATO..KALAU DATO ADA MASA TOLONG CALL SAYA 0199961707.SAYA MEMERLUKAN BANTUAN DARIPADA DATO. TOLONGLAH PELAJAR BERMASALAH MACAM SAYA INI.



posted by: mohammad (reply)
post date: 09.09.09 (6:22 am)

dato, bagaiman saya nak bertanya soalan dengan dato tentang agama islam jika saya berasa musykil tentang sesuatu perkara itu?



posted by: syaz (reply)
post date: 09.24.09 (12:11 pm)

jodoh nie memang kita tak jangka..jika lelaki tue dlm dilema nak pilih yg mane..sy dah tahu jwpannya..baik sy undur diri baik, andai dia jodoh sy tak kemana..insyaallah.memng sakit tapi kenyataan hidup ini,



posted by: asyraf (reply)
post date: 09.27.09 (11:01 pm)

Sabarlah Haikal,setiap perkara pasti ada hikmah di sebaliknya..Bak kata pepatah,cinta tak bererti memiliki...mcm saya ni lg perit...suka kat seseorang tu sejak berumur 12 tahun..sampailah sekarang hati saya tak terbuka pun untuk orang lain,tp saya ni pemalu...smpai skrg tak pernah luah pun perasaan kat dia..saya pun x tahu kat mana dia sekarang..perit gak rasa bila sesekali rindu kat dia..



posted by: asyraf (reply)
post date: 09.27.09 (11:03 pm)

Sabarlah Haikal,setiap perkara pasti ada hikmah di sebaliknya..Bak kata pepatah,cinta tak bererti memiliki...mcm saya ni lg perit...suka kat seseorang tu sejak berumur 12 tahun..sampailah sekarang hati saya tak terbuka pun untuk orang lain,tp saya ni pemalu...smpai skrg tak pernah luah pun perasaan kat dia..saya pun x tahu kat mana dia sekarang..perit gak rasa bila sesekali rindu kat dia..



posted by: ayuni (reply)
post date: 10.27.09 (11:25 am)

assalamualaikum..da x sape2 kt cni tau alamt email dato??plezz..



posted by: mizhaiza (reply)
post date: 11.02.09 (7:09 pm)

salam Dato'...sy kesuntukan masa skag..ttp sy amat perlukan sokongan dato' dalam masalah sy kali ni..sy seorang ustazah dan belum berkahwin dan belum punya seseorang yg istimewa..masalhnya,sy ni tak berapa lawa, tp taste tinggi,nak pasangan tu kalau boleh doktor la,pensyarah @seseorang yg sekufu dag saya jak iaitu dr segi pendidikan ,pemikiran,amalan dlm beragama,ekonomi...sy tak sanggup trima org yg lebih susah dr saya krn keluarga say pun org susah jgk..semua ini buatkan sy takut untuk berdoa krn saya takut terlalu mengharap sedangkan kalau Tuhan uji untuk beri saya jdh yg item2nya bertentangan spt yg sy nak,bagaimana Dato'???sy tak sanggup dpt pasangan yg tak sekufu ...tolonglah selesaikan masalah sy..sy sanggup tunggu jawapan dr wlp selama manapun...trima kasih...

Your Name:


Your Comment:


Hi there, it's me..Ruha

I'm starting wrote when i was 13, but be brave when i'm in form 3. My first 'cerpen' published on Berita Harian in year 1997 - BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN.

Till then i've wrote so many story and was published in various magazines such as DEWAN SISWA, MINGGUAN WANITA, URTV, BERITA HARIAN and so on.

The best part for being a writer is, i was invited for be an 'anak angkat Dewan Bahasa & Pustaka in 1999'. That is called MINGGU PENULIS REMAJA.

So, enjoy your reading, fren!


Image hosted by Photobucket.com
online





"Sebarang nama, watak dan cerita adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah kembali kerahmatullah"

KOLEKSI CERITA UNTUK AKU


1. Raikan Cinta

2. Nantikan Aku

3. Giga Dan Yana

4. Ada Nur Di Wajahnya

5. Beautiful Stranger

6. Di Sisi TanpaMu

7. Mencari Wajahmu

8. Dia Ada Di Sana

9. Tentang Dia

10. Iktiraf

11. Kehadapan Cinta

Image hosted by Photobucket.com
bright side in every sadness.... that its teach us to be more considerate to others.. to put ourself in their shoes.. to strengthen our faith to Allah SWT and to be patient..... and the most of all to teach ourself .. our heart and our mind that everything happened with a reason.... and theres' always happiness at the end of our journey...... Insya Allah..
Image hosted by Photobucket.com

kucintai Dikau dengan dua cinta, cinta kerana diriku dan diriMu, cinta kerana diriku, ku sentiasa meningatMu, cinta kerana Dikau, kerana telah Kau bukakan tabir, hingga kulihat, pujian bukan hakku, bagiMulah pujian itu.
Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com
ruha,hany,nuun,wan,nani
Image hosting by Photobucket
Blog ni start 24 April 2005,

Any problems..?
Do email me at; hazelinwahida@hotmail.com n i'll follow up..

-Ruha-


Image hosted by Photobucket.com

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan

Image hosted by Photobucket.com

Jangan terlalu baik, dia akan merindui anda. Jangan terlalu mengambil berat, dia mungkin menyukai anda. Jangan jadi terlalu sweet? dia mungkin jatuh hati kepada anda. Seseorang yang membuatkan anda jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi anda lebih daripada anda menyayangi dia.


Image hosted by Photobucket.com


1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah solat serta merta walaubagaimana sekalipun keadaan.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku2 atau pergilah mendengar perkataan2 yang baik ataupun amalkan zikrullah,dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang manfaat.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang senantiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan perkara yang membawa kebajikan sahaja.

9. Berkenal-kenallah dengan tiap2 saudara Ikhwan Al-Muslimin yang saudara bertemu dengannya walaupun ia tidak meminta untuk berbuat demikian kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannnya.

Image hosted by Photobucket.com
Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar hai daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang.
Anda mungkin menaruh hati padanya, cuma anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
Jangan terlalu baik, dia akan merindui anda. Jangan terlalu mengambil berat, dia mungkin menyukai anda. Jangan jadi terlalu sweet dia mungkin jatuh hati kepada anda.
Seseorang yang membuatkan anda jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi anda lebih daripada anda menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup anda dan menjadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang- kurannya dia pernah membahagiakan anda.
Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.Kembali pada anda..

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak anda ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita.
Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebeitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada.
Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama anda ketika ini tetapi masih menyayangi anda sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.
Image hosting by Photobucket

Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,
tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,
satukan hatinya dengan hatiku,
titipkan kemesran diantara kami,
agar kebahagiaan itu adalah abadi
dan
Tuhanku yang Maha Pengasih
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera
sepertimana yang Engkau
kehendaki
Amin

Tq cahayaidaman.com

Melangkah mengharapkan hadir dirimu
ku genggam segala memori
kita dewasa bersama
menuju satu cita
walau jalan berbeza

Kasihku sinar tanpa cinta
sinarnya tanpa asmara
dengarilah hatiku rindu
kasihku mekar tak berbunga
mekarnya didalam jiwa
biarkanlah, biarkan saja


Andai kau ada disisi
terukirlah senyuman
tersingkir rasa sepi
andainya kau pergi dari sisi
jangan disingkir diriku dari mimpimu


by Amy Mastura